Showing posts with label grub4dos. Show all posts
Showing posts with label grub4dos. Show all posts

Thursday, 23 January 2014

Restore Factory Untuk Makmal Komputer

No comments:
Recovery Manual Clonezilla
Assalamualaikom w.b.t

Alhamdulillah saya hampir menyiapkan kesemua komputer makmal dengan sistem Kembali ke Imej kilang (Factory Restore). Sistem ini sangat mudah dan percuma.

Bagaimana sistem ini berfungsi?

Asasnya ialah penggunaan Grub4dos sebagai loader utama sebelum ke loader windows di dalam mode booting. Daripada Grub4dos ada pilihan menu untuk membuat backup dan restore menggunakan  Clonezilla live.

Berikut ialah proses chain loader dari grub4dos ke loader windows dan clonezilla (linux kernal)

BIOS --> HD --> MBR ---> PBR ---> Grub4dos ---> Clonezilla Live (restore dan backup)

BIOS --> HD --> MBR ---> PBR ---> Grub4dos ---> NTLDR (Windows Xp)

BIOS --> HD --> MBR ---> PBR ---> Grub4dos ---> BootMgr (Win Server 2008 R2)

Contoh penggunaan Grub4Dos
Dengan kaedah ini, windows akan dapat di kembalikan ke keadaan asal sepertimana selepas kita membuat salinan imej (image backup) melalui pilihan Auto Restore ketika di penampilan menu grub4dos.

InsyaAllah sekiranya saya ada kelapangan masa saya akan sertakan tutorial yang lebih lengkap termasuk kod-kod yang digunakan di menu.lst.

Wallahuallam...

Thursday, 10 October 2013

Makmal Pembelajaran dengan 100 Set Komputer

No comments:
Lab B ada 25 Pc. Sedang Restoration menggunakan CloneZilla + Grub4Dos
Assalamualaikom w.b.t

Di SCALE (SKALI Community Engagement Sdn. Bhd.) terdapat sekurangnya lima makmal komputer. Diantaranya ada tiga makmal komputer yang besar yang terdiri daripada 25 buah komputer setiap satunya. Apabila dijumlahkan terdapat lebih kurang 100 buah komputer yang perlu menjalani rutin penjagaan dan kemaskini.

Antara proses kemaskini yang dilakukan ialah:

1. Hardening iaitu kemaskini tahap keselamatan antara kerjanya ialah mengemaskini perisian dan sistem operasi Windows.

2. Cleaning Windows ialah membuat pembersihan dari fail-fail dan perisian yang tidak sepatutnya.

3. Menyemak konfigurasi sistem operasi, seperti nama komputer, tcpip, network yang terhubung dll.

4. Menyemak status RAM, cakera keras. Banyak kejadian kad ingatam memori rawak telah dicuri.

5. Hardware parts maintening seperti membersihkan habuk yang terkumpul di dalam unit pc.

Wahuallam...