Showing posts with label sunnah. Show all posts
Showing posts with label sunnah. Show all posts

Wednesday, 31 July 2013

InsyaAllah Merawati Demam Dengan Habatussauda'

No comments:
Demam?
Assalamualaikom w.b.t

Pada dua minggu lepas dua adik ipar saya telah menghidapi deman yang teruk selama 3 hari. Seluruh badannya menggigil dan tidak mampu berjalan. Pada hari pertama dua orang adik ipar saya itu telah tumbang. Apabila membuat pemeriksaan doktor kena lah pula disyaki demam denggi.

Selepas mendapat makluman tersebut cepat2 saya berdoa kepada Allah agar diampunkan segala dosa dan silap saya dan semua ahli keluarga dan orang Islam, mintak disembuhkan dari segala muhsibah dan penyakit. Saya memberi pesan supaya memperbanyakkan sedeqah dan mengamalkan mengambil minyak habatussauda dan minyak zaitun.

Untuk deman saya juga inyaAllah akan menyarankan untuk banyak meminum air mineral. Tambahan ada salah seorang ipar yang telah membuat air terapi 30 juz Alquran dan mereka bolehlah meminumnya. Saya juga akan menggalakkan untuk membuat air jus buahan seperti buah oren, betik dan mangga.

Alhamdulillah selepas 3 hari demamnya sudah hilang setelah berterusan mengambil habatussauda, minyak zaitun dan meminum air mineral. Syukur alhamdulillah.

Saya tidak menghalang untuk mengambil ubatan klinik tetapi lebih baik kita sudah mengamalkan habbatusauda barulah boleh mengambil ubatan tersebut. Sebab antara kelebihan habatusauda ini ialah sifat anti oksida dan meningkatkan imun badan. Kebanyakkan ubatan moden mengandungi kesan sampingan dan hasil kajian menunjukkan seseorang yang sebelumnya mengambil habatussauda dan kemudian memakan ubatan moden InsyaAllah terhindar dari kesan sampingan ubatan tersebut.

Kesimpulannya habatussauda adalah antara ubatan herba yang terbaik dalam rawatan penyakit. Yang penting ialah keyakinan terhadap Allah yang memberi penyakit dan menyembuhkan dan yakin atas sabdaaan junjungan mulia baginda nabi s.a.w.

Wahuallam...

Tuesday, 19 February 2013

Pengalaman Saya Menggunakan Minyak Habbatussauda

2 comments:
Assalamualaikom w.b.t.

Alhamdulillah hari ini saya ingin berkongsi kepada anda tentang keberkesanan InsyaAllah penggunaan Habbatussaudak Assaudak ini. Iaitu sejenis tumbuhan yang dipanggil dengan nama lain iaitu jintan hitam, black seed dan sebagainya.

Sepertimana hari ini banyak kebenaran tentang pelbagai terkini sains, perubatan dan alam dari Al-quran dan al-hadith menyebabkan pihak-pihak barat semakin terdesak dan  mereka terpaksa juga mengakuinya.

Pada bulan Jun 2012 saya telah menyertai kursus agama selama sebulan di Besut, Terengganu. Kerana ada kesukaran dalam menggunakan bilik air dan air yang sentiasa terputus, ada dikalangan ahli mencadangkan penggunaan batu tawas sebagai tambahan ketika mandi bagi mengurangkan bau peluh.

Batu tawas ini berwarna putih ke lutcahayaan dan memiliki permukaan yang kasar. Bentuknya ada dalam pelbagai saiz. Kebiasaaan masyarakat india yang memakai tawas ini. Kelebihan tawas ialah dalam menghilangan daki dan mengurangkan bau peluh badan. Jadi saya pun mengamalkannya sepanjang kursus yang berbaki dalam 2 minggu.

Awas, hanya pakai dibahagian badan sahaja tetapi saya tidak mengetahuinya. Setelah seminggu memakai tawas saya merasakan perubahan yang ketara. Bau badan berkurangan walaupun berpeluh. Terfikir untuk saya mencuba pada bahagian celah peha dan bawah alat sulit.

Selepas 3 hari mandi dengan menyapu tawas di bahagian antara celah paha, rupanya permukaan kulit kita akan menjadi lebih kesat. Apabila saya banyak berjalan lama kelamaan kulit di bahagian bawah alat sulit dan sekitar pangkal peha melecet dan kemudian mengeluarkan darah.

Rupa-rupanya kulit yang telah dikenakan dengan tawas akan menjadi sedikit kesat dan pergeseran antara kulit paha dan kulit tepi kemaluan menyebabkan kecederaan, melecet dan berkudis selepas 2 hari. Selepas itu saya berhenti menggunakan tawas buat seketika dan sentiasa mengelap celah kelengkang dengan tisu.

Keadaan ini semakin parah, kulit-kulit yang melecet sudah tanggal dan yang tinggal hanyalah permukaan atas daging bewarna merah pekat sahaja. Sejenis cecair lutsinar meleleh keluar dan selepas itu mengeluarkan bau yang sangat busuk. Lebih parah lagi cecair itu bertukar ke warna kuning dan pergeseran daging tidak berkulit itu sentiasa mengeluarkan darah.

Saya cuba mengelap dan mengeringkan bahagian luka tetapi akibat pergerakan, mandi dan berpeluh kawasan sekitar kemaluan itu menjadi sentiasa basah dengan nanah dan darah. Saya terpaksa menghabiskan kain pelekat untuk menutupi permukaan itu tetapi kepedihan semakin terasa.

Kemudian ada orang kampung telah memberikan saya krim kurap bewarna putih. Apabila saya memakainya, masih juga tidak kering. Saya berasa teramat sukar untuk berjalan dan menunaikan solat. Kalau berjalan pun terpaksalah dengan cara terkangkang untuk mengurangkan geseran.

Kemudian mereka membelikan saya minyak gamat, Alhamdullilah pedih berkurangan. Namun masih juga tidak dapat mengawal luka-luka yang teruk. Selepas itu hampir kesemua kulit di celah kelengkang termasuk alat sulit saya menjadi seperti berkurap dan berkudis. Bahagian yang bertembung seperti kulit tepi alat sulit dan peha masih merah dan berair.

Akhir sekali ada salah seorang ahli kursus mencadangkan saya membeli minyak haabatussauda. Beliau mengatakan pengalamannya memakai ketika badan belakangnya berkudis selama 3 hari luka-luka beliau telah kering. Alhamdulillah saya pun mencarinya dan dapatlah membelinya.

Selepas 10 hari menyapu minyak habbatussaudak, Alhamdulillah luka-luka dah kering. Kudis dan kurap pun dan tanggal sedikit demi sedikit. Berlakunya pengelupasan. Perubahan yang sangat menakjubkan. Sehingga ke hari artikel ini dikarang, kesan luka-luka tersebut masih ada cuma agak sukar untuk mengenalpastinya.

Sepertimana sabda junjungan mulia baginda nabi S.A.W mengenai kelebihan minyak ini, seperti itulah kita kena menganggap bahawa itu penawar yang terbaik yang penting Istiqomah dan meletakkan keyakinan hanya pada Allahlah yang memberi sakit dan kesembuhan.

Sejak itu saya mula menjual minyak ini secara sambilan agar semua orang mendapat manfaatnya. Kini untuk harga promosi (waktu terhad sahaja), anda boleh mendapatkan minyak habbatussauda 1Liter dengan harga berpatutan. Hubungi saya di talian o16-294oo7I.

Boleh rujuk artikel lepas untuk harga promosi tersebut.

Borong Minyak Habbatussauda 1 Liter 2014

Wahuallam...


Thursday, 7 February 2013

Promosi Minyak Habbatussauda RM88 Seliter

6 comments:
Habbatussauda Seed Black Seed
Bijian Habbatussauda Asli
Minyak Habbatussauda merupakan bijian hitam yang diperah melalui perahan sejuk yang mengandungi nutrien dan mineral yang sangat mencukupi untuk keperluan badan manusia. Oleh sebab itu junjungan mulian nabi S.A.W menyatakan bahawa Habbatussauda' adalah penyembuh segala penyakit melainkan maut.

Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda:

“Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuhkan segala penyakit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut”

Sudah menjadi ketetapan dan peraturan Allah bahawa setiap penyakit ada masalahnya. Begitu jugalah dengan habbatussauda yang secara jelas telah disabdakan oleh baginda Nabi S.A.W. Penggunaan Habbatussauda memerlukan satu syarat khas iaitu berpegang teguh atau dengan kata mudah ialah beristiqomah dalam memakannya. Istiqomah ini akan datang sekiranya kita meyakini sabdaan nabi dan meletakkan Allah sebagai hakikat penyembuhan segala penyakit.

Habbatussauda Oil RM88
Botol Minyak 6 Liter RM88 seliter Promosi Terhad!

Untuk promosi (selagi stok masih ada) saya menawarkan minyak Habbatussauda dengan harga serendah RM88 seliter. Tawaran ini adalah untuk tempoh masa terhad jadi silalah hubungi saya di talian OI6-294oo7I atau anda bolehlah smskan nama, alamat, no tel dan berapa liter yang diperlukan.

Minyak Habbatussauda 1 liter sekiranya di amalkan dua sudu sehari adalah untuk penggunaan 6 bulan. InsyaAllah.

Hubungi  saya di talian OI6-294oo7I melalui sms dan berikan nama, alamat dan bilangan liter yang diperlukan.

Penghantaran: RM10 melalui EMS (Poslaju)

Sekian Wahuallam.