Showing posts with label skali. Show all posts
Showing posts with label skali. Show all posts

Thursday, 12 December 2013

Membaiki Ralat SC501,502,503,504 Ricoh Aficio 1035

No comments:
SC 501 = Lif penganjak kertas tidak dapat berfungsi di tray 1
Assalamualaikom w.b.t

Banyak kali sebelum ini perkara ini sering berlaku. Apabila staf-staf banyak membuat salinan dokumen maka pastilah mesin fotokopi RiCoh akan membuat halnya.

Salah satu tugas saya di sini adalah memastikan kelancaran mesin  fotokopi. Hal-hal yang tidak menduga akan datang dari mesin-mesin lama ini. Untuk fotokopi di ofis kami ada dua iaitu Canon dan Ricoh. Ricoh yang digunakan ini adalah model yang sedikit lama tetapi masih mampu berfungsi dengan baik.

Antara masalah yang dihadapi ialah kod-kod ralat seperti SC 501, 502, 503 atau 504. Kod-kod ini kebiasaanya berkaitan dengan motor penganjak kertas di tray. Tray ialah tempat dimana kita meletakkan kertas untuk difotokopi. Kod SC 501 bermaksud masalah motor penganjak (lifter) kertas di tray 1, kod SC 502 untuk tray 2 dan seterusnya.

Masalah seperti motor penganjak tidak dapat berfungsi disebabkan adanya gangguan seperti carikan kertas, motor tidak berfungsi atau tercabut dan kertas yang dimaksudkan terlalu banyak.

SC 501, SC 502, SC 503, SC 504

Ralat yang selalu terjadi di ofis dipaparkan dengan ayat berikut "Call Service. SC 501" beserta "Problem with tray 1". Kod SC 501 bermaksud tray 1 mengalami masalah mengajak kertas ke antaramuka pengelek keluar. Anda akan mendapati simbol spannar di paparan pemilihan tray di skrin sesentuh.


Call Service. SC 501

InsyaAllah masalah ini boleh diatasi dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

1. Buka tray yang bermasalah dan tarik sehingga tinggal hujung.
2. Angkat bahagian hujung yang beroda keatas sedikit supaya roda terlepas dari laluannya dan keluarkan
3. Bahagian dalam sebelah tepi akan ada kertas yang tersangkut pada dinding bermotor ataupun laluan kertas keluar. Cari dan cuba keluarkan walaupun serpihan kertas yang kecil.
4. Masukkan semula tray
5. Restart kan mesin. Jika masih ada ralat walaupun yakin tiada kertas yang tersangkut cuba cara mereset ralat di bawah.

Mereset sebarang Ralat:

1. Masuk ke "Clear Mode" (biasanya tekan butang kuning dan mendengar bunyi)
2. Masukkan nombor "1,0,7"
3. Tekan butang "Clear/Stop" selama 5 saat sampai masuk ke paparan "Service Mode"
4. Klik "Exit" di dalam paparan "Service Mode" yang akan kembali ke paparan normal

5. Tekan suis utama mesin OFF dan ON kan semula yang terletak di tepi atau hadapan mesin

Butang Clear Mode dan kekunci 1,0,7, seterusnya..


Tekan/hold butang Clear/Stop


Semoga info ini memberi manfaat kepad semua.

Ricoh Error Code SC541, sc542, sc 543, sc544, sc545, sc546

p/s: Masalah Ricoh Error Code SC541, sc542, sc 543, sc544, sc545, sc546 adalah berkaitan alat termistor mungkin disebabkan terlalu panas atau ada sedikit gangguan. Kerosakan besar pada bahagian termistor perlulah diganti.

Wednesday, 11 December 2013

Status SPIKE UP 2014 dan Penggantian Program Baru

2 comments:
Kenangan lama
Assalamualaikom w.b.t

Tahun 2013 adalah merupakan tahun terakhir program SKALI SPIKE UP. Ini menjelaskan bahawa bermula tahun 2014 dan seterusnya tidak ada apa-apa pengambilan baru setelah hampir 7 tahun menawarkan program ini. Tidak ada SPIKE UP 2014 dan seterusnya.

Namun ini bukanlah pengakhiran kerana bermula tahun 2014 insyaAllah pihak SKALI akan menawarkan beberapa program baru CCD.

Apakah program CCD baru itu? InsyaAllah saya akan membentangkan bagaimana program CCD 2014 itu dan siapakah yang layak mengikutinya pada entri akan datang.

p/s: Skali Spike Up adalah di bawah program CCD. Nantikan program CCD 2014.

Kemaskini terbaru 17 Disember 2013: Klik untuk maklumat program Skali CCD 2014

Friday, 22 November 2013

Teknologi Murah dan Bergaya Untuk Enterprise atau SOHO

No comments:
Kemudahan Pejabat dan Soho

Assalamualaikom w.b.t dan salam sejahtera,

Dalam sesebuah pejabat berskala kecil kemudahan IT berikut adalah sangat penting untuk diwujudkan. Berikut adalah antara kemudahan IT yang banyak digunakan di dalam syarikat/pejabat:

1. Pengawalan Internet dan Intranet

2. Perkongsian Printer

3. Pengurusan faksimili

4. Sistem sambungan telefon dan PBX

5. Perkongsian Fail dan direktori

Secara asasnya kemudahan di atas dapat disediakan dengan harga yang lebih murah berbanding mengupah vendor-vendor. Namun sekiranya sesebuah syarikat lebih mementingkan kelangsungan produktiviti, keselamatan yang tinggi dan kecekapan pengurusan saya nasihatkan mendapatkan vendor yang mahir dan berpengalaman.

Penggunaan Internet dan Intranet

Antaramuka PfSense
Sambungan yang diperluan ialah Unifi dari ISP Telekom. Kemudian kita perlukan  sebuah server khusus untuk menjadi gateway diantara dunia awam (public internet) dengan dunia dalaman (lan, intranet). Daripda gateway barulah kita pecahkan network ke router dan switch.

Cadangan penggunaan gateway server ialah ClearOS Linux kerana terdapat firewall, statistic dan network filteration/blocking. Pfsense juga antara modul firewall yang percuma dan popular.





Perkongsian Printer

Mesin printer mestilah yang ada kemudahan akses network (tcp/ip) dengan alamat ip statik. Kemudian kita boleh menggabungkan kesemuanya dengan server Linux yang menggunakan module CUPS.

Cups adalah sistem pengurusan dan pemusatan printer yang dibangunkan oleh Apple dan ianya sumber terbuka. Module Cups ini boleh dipasang dan diaktifkan di ClearOS atau mana-mana mesin Linux jua.

Perkongsian dan pengurusan Fax

Apabila menyebut fax kita pasti teringat mesin pencetak dan wayar telefon. Sebenarnya kita boleh menghubungkan beberapa talian fax ke dalam server dan mencetaknya ke mana-mana printer/photostat apabila perlu.

Jadinya mesin fax tidaklah semestinya wujud lebih dari satu dan untuk bahagian pengimbasan gunalah scanner. Cuma kita perlukan talian fax untuk setiap nombor dan kemudian modem fax. Server yang bertanggungjawab keats mesin fax ini mestilah memiliki antaramuka (interface) modem telefon.

AvantFax adalah salah satu PHP Web menggunakan API HylaFax
Modul yang akan digunakan untuk menjadikan server Linux sebagai server fax ialah HylaFAX+. Kita boleh menguruskan beberapa talian faks hanya dalam satu server dan setiap pekerja ada akses melalui web base (java,php,asp) atau client tools (windows built in fax client, java, dotnet).

Sistem sambungan telefon dan PBX

Buat Sendiri Sistem VoIP dan PBX
Syarikat kecil dan sederhana atau SOHO boleh menggunakan penggunaan telefon yang ada sambungan (extension), berhubung di antara staf di bilik atau aras yang berbeza, IVR, lagu menunggu dan berbagai fungi sebenarnya boleh dipasang dengan teknologi VoIP sama ada menggunakan telefon SIP atau analog biasa mahupun perisian telefon (softphone) dengan membina server VoIP Linux (atau boleh dikenali IP PBX) dengan enjin module Asterisk, FreeSwitch, Kamailio, OpenSips , SipXecs . Antara aplikasi yang dibina di atas enjin Asterisk contohnya seperti FreePBX, PBXinFlash, Elastix, Trixbox dan banyak lagi.

Apa yang kita perlukan ialah sistem (pelayan) pbx dengan teknologi VoIP (Suara di IP), perkakas (VoIP gateway, Analog Terminal Adapter dan telefon analog atau digital).

Perkongsian Fail dan direktori

SAMBA = Windows + Linux
Untuk bahagian ini kita bolehlah menggunakan platform Linux dengan module samba.org. Samba adalah modul yng dibangunkan untuk menyediakan platform jaringan Domain antara mesin Linux, Mac OS X dan Windows.

Ini bermakna pelbagai sistem operasi dapat menggunakan kemudahan perkongsian fail, direktori dan servis. Samba boleh diintegarasikan dengan Active Directory untuk mengurus client di dalam domain.

Sekiranya kita lebih menumpukan kepada perkongsian storan di dalam rangkain maka saya cadangkan penggunaa FreeNas iaitu pakej Linux yang tertumpu kepada teknologi Network Access Storage.

Penutup

Hampir kesemua kemudahan ini boleh dilengkapkan hanya di dalam sebuah server Linux. Untuk itu spesifikasi server mestilah menyokong multi pemprosesan dan memory yang cukup tinggi. Namun apabila mereka bentuk struktur kemudahan ini perlulah diambil kira pelbagai faktor seperti keselamatan, pelan kecemasan bencana (disater recovery plan), availibility dan beban (loads).

InsyaAllah sekiranya diberikan kelapangan saya akan menerangkan cara memasang dan menetapkan setiap satu dari kemudahan teknologi ini di entri yang akan datang.






Friday, 15 November 2013

Portal Migration Project for MPS (Government Website)

No comments:
Assalamualaikom w.b.t and greetings.

Since mid-October we have been given a new responsibility of which is to implement the government's official portal project migration from server at SKALI Cyberjaya datacentre to respective government organizations owned server.

This is my first time task since i am doing technical work for SCALE (Skali Community Engagement Sdn. Bhd) for stuff computer, a few servers and inventory management.



The tasks is to:

1. Prepare fresh installation of Linux server.
2. Hardening the server.
3. Prepare for dependencies needed for Portal and production.
4. Restore backup portal image.
5. UAT
6. Live

Thursday, 10 October 2013

Makmal Pembelajaran dengan 100 Set Komputer

No comments:
Lab B ada 25 Pc. Sedang Restoration menggunakan CloneZilla + Grub4Dos
Assalamualaikom w.b.t

Di SCALE (SKALI Community Engagement Sdn. Bhd.) terdapat sekurangnya lima makmal komputer. Diantaranya ada tiga makmal komputer yang besar yang terdiri daripada 25 buah komputer setiap satunya. Apabila dijumlahkan terdapat lebih kurang 100 buah komputer yang perlu menjalani rutin penjagaan dan kemaskini.

Antara proses kemaskini yang dilakukan ialah:

1. Hardening iaitu kemaskini tahap keselamatan antara kerjanya ialah mengemaskini perisian dan sistem operasi Windows.

2. Cleaning Windows ialah membuat pembersihan dari fail-fail dan perisian yang tidak sepatutnya.

3. Menyemak konfigurasi sistem operasi, seperti nama komputer, tcpip, network yang terhubung dll.

4. Menyemak status RAM, cakera keras. Banyak kejadian kad ingatam memori rawak telah dicuri.

5. Hardware parts maintening seperti membersihkan habuk yang terkumpul di dalam unit pc.

Wahuallam...

Friday, 23 August 2013

1SKALI Internet Consolidation

No comments:
Assalamualaikom w.b.t and Greetings,

As Skalian, we are one entity even we are under different subsidiaries, departments, divisions, roles and managements. The term 1SKALI is to develop and engage all stuff to be together, as one SKALI. We rise and fall together as one SKALI.

1SKALI Internet Consolidation is an initiative project to centralize all Skali internet and network across all subsidiaries and departments. The purpose is to create a management network more better than before.

Previously, every subsidiaries will have their own different network and wireless SSID. Some subsidaries subscribe different accounts of Streamyx and P1. This will take high cost. Today, we have just one accounts and more faster than before.

This project including three phase:

Phase 1: Internet Consolidation

Phase 2: Wireless Consolidation

Phase 3: Access ID

Welcome and enjoy our new network and internet beyond...

Wednesday, 24 July 2013

Menyelesaikan Masalah Network Path Permission Yang Tiba-tiba Terjadi

No comments:
Assalamualaikom w.b.t

Petang tadi pihak HR memberitahu saya bahawa komputernya tidak dapat mengakses folder perkongsian rangkaian di SKALI HQ.

Akan keluar ralat:

"You might not have permission to use this network resource. Contact administrator of this server to find out if you have access permissions. The network path was not found."

Beliau menyatakan remote folder dapat diakses semalam. Hmm, kemudiannya saya mencari penyelesaiannya dan maka inilah caranya:

1. Pergi ke Start/ All Programs / Accessories /Command Prompt
2. Taip ipconfig /flushdns dan tekan Enter.
3. Taip ipconfig /registerdns dan tekan Enter.


Flushdns dan Registerdns

Tuesday, 16 April 2013

Talk Amal Palestine Oleh CSR2 SKALI, BMI, Aman Palestin dan AQSA

No comments:
Assalamualaikom w.b.t.


Alhamdulillah, syukur sebab ada kumpulan CSR2 dapat menggunakan peluang projek CSR mereka dengan mengadakan program membantu rakyat Palestin.

Setelah tarikh sebelum ini ditunda, akhirnya progran Talk Amal Palestine insyaAllah akan diadakan seperti maklumat berikut:

Tempat: UniKL BMI, Gombak
Tarikh : 16 April
Masa:  9:00 malam dan 11:00 malam
Penceramah:  Pn. Farrah Adeeba & Cik Salima Habibi (Duta AP).


Artis jemputan
Tweet Salima Mengenai Program tersebut













Tentatif Program:

Jadual Program

Welcome for Workshop Participant

No comments:
Assalamualaikom w.b.t

Welcome to successful candidates who have been invited to attend the workshop pre Spike. In this workshop candidates will be briefed, take few exams and interviews to be selected as Spikers for July 2013 batch.

Following a predetermined schedule of courses:
Workshop Date
Venue
Target Participants
17 April 2013
Saidina Uthman / Umar, Level 16
28
19 April 2013
Lab B, Level 15
21
22 April 2013
Saidina Uthman, Level 16
26
Total

75



Wednesday, 27 March 2013

Find Us SKALI at MCTF 2013

No comments:
Assalamualaikom w.b.t

This week i got a good information about latest SKALI event handled by Learning Development Unit, under Skali Engagement Community (SCALE).

Starting today they will prepare our booth for Malaysia Career and Training Fair 2013 event at Mid Valley. So, if anyone want to know about SKALI program conducted by SCALE especially SPIKE UP program you are invited to visit our booth.

For SPIKE UP July Intake 2013 please come and get a lot of information about training's and other opportunity.

Find us at booth no. 335. Here our map location for your references:

Click to get large view

Skali at Malaysia Career and Training Fair 2013

Friday, 15 March 2013

SPIKE UP Program 2013 Julai di SKALI

5 comments:
SPIKE UP 2013 JULAI
SPIKE 2013 Julai
Assalamualaikom w.b.t

Alhamdulillah, pihak SKALI telah membuka sekali lagi peluang kepada sesiapa yang layak untuk menyertai program SPIKE UP SKALI bagi sesi kedua 2013 iaitu untuk bulan Julai.

Adakah anda seorang lepasan graduan? Adakah anda seorang profesional yang bekerja dan cenderung untuk mencuba sesuatu yang berbeza? Adakah anda bercita-cita untuk menjadi bos anda sendiri dan mempunyai syarikat anda sendiri? Atau adakah anda mencari kerjaya dengan cabaran baru dalam sektor teknologi maklumat? Jika itu adalah anda, maka kita mempunyai peluang untuk anda di SKALI.

Sebagai pembekal teras ICT untuk penyelesaian e-kerajaan & e-perniagaan, SKALI kumpulan mengiktiraf keperluan untuk pembangunan modal insan dalam industri dan telah mengambil langkah-langkah untuk bukan sahaja menyediakan peluang pekerjaan tetapi juga latihan 'nilai tambah' untuk laluan kerjaya yang lebih stabil.

PEMBANGUNAN KAPASITI & KEUPAYAAN SKALI (CCD) DAN PROGRAM Pembangunan Usahawan SKALI (EDP)
 
Wajah-wajah junior batch-batch lepas
Tujuannya adalah untuk merealisasikan inisiatif negara untuk meningkatkan keupayaan modal insan dan tenaga kerja dalam sektor ICT.
 
Meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan segar. 95% daripada peserta telah mendapat pekerjaan.
 
92% peserta yang lulus telah menerima gaji yang lebih tinggi sebanyak 33% dan ke atas maka purata pasaran.
 
Menggalakkan pertumbuhan Bumiputra dimiliki syarikat-syarikat IT melalui program EDP kami
 
Memupuk semangat Tanggungjawab Sosial Korporat dalam memberi kembali kepada masyarakat.

TESTIMONI SPIKER-SPIKER

"Program ini telah memberikan saya peluang untuk menjadi sebahagian daripada tenaga kerja yang bergaji dan telah memperkayakan pengalaman saya dan pengetahuan dalam ICT" - Ruhaida Othman, SPIKE Terengganu batch 4, 2008

"SPIKE adalah satu platform untuk graduan baru untuk mendapatkan pengetahuan, latihan dan keusahawanan. Ia telah membawa kepada penciptaan AISOFT SOLUTION SDN BHD "- Muhammad Fadhil Omar, SPIKE KL batch 2, Ketua Pegawai Eksekutif AISOFT SOLUTION SDN BHD

"Program latihan SPIKE menyediakan saya dengan pengetahuan yang menyeluruh yang diguna pakai dalam kerja-bidang profesional" - Chee Lee Chin, SPIKE Perak batch 1, 2008

"Program SPIKE adalah langkah pertama kerjaya saya. Saya menerima latihan berharga dan pengalaman dalam persekitaran kerja LIVE "- Rajwant Kaur a / p Visan Singh, SPIKE KL batch 3, 2008
"Alhamdulillah saya mendapat banyak pengalaman bekerja melalui program SPIKE Up ini. Pengalaman ini bolehlah di anggap sebagai batu loncatan ke keperkejaan yang lebih mencabar di masa akan datang" -Khairol Emizol batch 2, 2013
Iklan yang ada di facebook

PENEMPATAN KERJA / PELUANG / MANFAAT

SKALI Kumpulan membuat cara untuk membangunkan dan memupuk individu yang berjaya yang akan mampu menyokong inisiatif ICT Malaysia. Melalui latihan strategik dan penempatan kerja LIVE, peserta dijamin kerjaya yang mencabar di hadapan mereka. Antara faedah yang bakal diperoleh ialah:

    Kontrak pekerjaan dengan SKALI selama 6 bulan.
    Peruntukan sebanyak RM1, 500.00 sebulan.
    Bonus Prestasi - ** Max RM400.00 sebulan.
    Suntikan KWSP dan PERKESO.
    Perlinduangan Perubatan.
    Latihan teknikal dan program pembangunan kompetensi yang bertujuan untuk membina pekerja mahir.
    Pembangunan Usahawan Tekno dan Penciptaan.
    Pensijilan Antarabangsa.

** Tertakluk kepada orang-orang yang memenuhi dengan kriteria penilaian kita

Kami mempunyai 100 penempatan pekerjaan yang meliputi seluruh sembilan kerja peranan yang berbeza. Mereka termasuk; Pengurusan Projek, Pengurusan Kandungan, Rekabentuk Kreatif, .NET, JAVA, Pemantau Kualiti Perisian, Pentadbiran Rangkaian & Senibina Maklumat.
Tawaran tahun 2010 dulu

** Jurulatih Junior jawatan teknikal disediakan untuk LIMA peranan kerja: JAVA, .NET, Web Design, Pengurusan Kandungan dan Pengurusan Projek. (Contohnya Mereka yang berminat untuk menjadi jurulatih Jawa, mendaftar talian dan menghadiri Bengkel Pengaturcaraan Jawa)

BAGAIMANA UNTUK SERTAI PROGRAM INI

Untuk yuran pendaftaran yang kecil sebanyak RM50, anda mendapatkan peluang untuk mendapatkan pengetahuan, pengalaman dan kerja sepenuh masa - tiada perbelanjaan tambahan yang perlu dibuat. Jadi mendaftarlah sekarang.

    1. Hantar resume anda kepada:
    enquiries[at]skali.net
    atau
    Noor Khairiah - khairiah[at]skali.biz

    2. Tunggu email pengesahan
    3. Menghadiri bengkel & Tugasan lengkap
    4. Sesi temuduga.
    5. Tarikh permulaan kami seterusnya ke - 1 Julai, 2013

Hantar resume anda di enquiries[at]skali.net atau khairiah[at]skali.biz untuk menyertai program kami. Tempat duduk adalah terhad supaya mendaftar cepat untuk mendapatkan tempat untuk bengkel kami dan peluang untuk mendapatkan tempat bagi pengambilan seterusnya kami pada Januari 2013.

SYARAT KEMASUKAN

Calon-calon yang berminat yang ingin memohon mestilah mempunyai kriteria berikut:

    Mempunyai Diploma / Ijazah dalam ICT atau bidang yang berkaitan:
  •         Kejuruteraan Perisian (Software Engineering)
  •         pengaturcaraan (Programming)
  •         Sistem Maklumat (Information System)
  •         Rekabentuk Multimedia & Kreatif (Multimedia & Creative Design)
  •         Sistem IT & Rangkaian (IT System & Network)
  •         Komunikasi Massa (Mass Communication)
  •         Pentadbiran Perniagaan dan Kewangan (Business administration and Finance)
    Mempunyai tingkahlaku, menerima arahan yang baik dan pemahaman Bahasa Inggeris
    Warganegara Malaysia



Untuk maklumat lanjut sila hubungi: -
Email Noor Khairiah untuk menghantar resume anda di enquiries[at]skali.net / khairiah[at]skali.biz

Kemaskini 11 Disember 2013 - Spike 2013 adalah yang terakhir. Rujuk berikut Spike Up 2014?

Kemaskini 16 Disember 2013 - Klik Program baru SKALI CCD 2014


Wahuallam...

Thursday, 7 March 2013

WhereAbouts Information For Office management

No comments:
Assalamualaikom w.b.t

At Skali, i am always receive WhereAbouts information through email. WhereAbouts is a simple notification that tell us about where our colleagues and what they are doing so we can tell this information if someone ask us.

Here is the simple format:



Dear all,

Below are the updated whereabouts for Company team on Wednesday, 10/4/11 :

WHEREABOUTS
NAME
REMARKS
AL


MC
Brad Pitt

Meeting / Appointment
Jose Rosemary
Doctor’s appointment (AM)
Meeting at Level 10
EL


Late
Lozime
 Traffic Jam
Replacement Leave


Unpaid Leave


Compassionate Leave


Training





Events


Others



Thank you.
  
WhereAbouts is a very nice email notification. This type of notification should practiced by any organization and company to spread a useful information about our staff and colleagues.

Usually this WhereAbout is created by Human Resources Department or Attendance Keeper. I hope it can be usuful for everyone.

Best Regards and Salam,
MySkali