Monday, 21 January 2013

Pertemuan dan Perpisahan di SKALI

No comments:

Bye-bye Young Skalian
Assalamualaikom w.b.t and Greetings,

Sudah menjadi sunnatullah di alam dunia ini, bahawa setiap pertemuan pasti ada perpisahannya. Begitulah juga yang dihadapi oleh 100 Young Skalian (budak-budak SPIKE UP).

Selama 6 bulan bersama banyak memberikan kenangan dan pengalaman bersama. Justeru kepada anda semua, jadikan pengalaman di dalam SPIKE UP SKALI ini sebagai batu loncatan ke tahap yang lebih baik.

Secara umumnya ada 9 trak iaitu CM, CD, ITD, IA, PMO, SD, Dotnet, Java, dan EDP.

Kepada yang sudah bekerja tu tahniah ya. Ingat jaga solat, iman dan amal. Jangan jadikan kerja sebagai alasan utama untuk meninggalkan amal.
Juga kepada yang sambung belajar tu, semoga menjadi insan yang cemerlang dunia akhirat.

Dedikasi kepada track ITD, saya rindukan anda semua.

ITD track YS July 2012 on Raya Celebration for SEBS (makan free)
OJT time (pasang cable)


Sekian...
Wahuallam.

Thursday, 20 December 2012

Cara Menghalang Virus Dari USD, CD-ROM, Pendrive

No comments:
How to prevent virus from USB flashdrive, pendrive, thumbdrive and plug and play drive.

Virus menyelinap melalui autorun dan recycler

Apabila saya dan kawan-kawan membuat hardening atau troubleshoot komputer kakitangan Skali ada kes-kes mengenai virus yang tersebar melalui pemicu USB atau pemicu cakera CD berlaku.

Virus-virus dari luar terutamanya pendrive akan memasuki pc setelah dicocok di plug USB atau pembaca CD-ROM.

Contoh senarai benda asing dalam pendrive:

1. Autorun.inf
2. New Folder.exe
3. Bha.vbs
4. Iexplore.vbs
5. Info.exe
6. New_Folder.exe
7. Ravmon.exe
8. RVHost.exe
9. Images.bat

Untuk melihat senarai semua fail termasuk yang hidden dan system anda boleh mencuba CMD prompt berikut:

dir/w/o/a/p

Antara cara virus ini masuk adalah melalui fungsi Autorun dalam Windows kita.

Justeru itu ada beberapa langkah atau cara untuk menutup fungsi autorun atau menghalang kemasukan virus dari drive luar.

1. Mematikan Fungsi Autorun/Autoplay (Turn OFF drive AUTORUN)

- Pergi ke Start Menu > RUN (Windows +R)
- Taip “GPEDIT.MSC”
- Pergi USER Config> Admin Templates> System
- Di panel kanan, double click pada TURN OFF AUTOPLAY
- Tukar nilai ENABLED & pilih ALL DRIVES dari combo box
- Ulang semula proses tersebut untuk  TURN OFF AUTOPLAY option dalam COMPUTER Config> Admin Templates> System

2. Menetapkan Software Policy Restrictions

-Buka GPEDIT.MSC
-Pergi ke Computer Configuration> Windows Settings > Security Settings
-Klik Kanan tetikus pada Software Restriction Policy & pilih Create New Policies. (Sekiranya pilihan itu tidak ada hanya buka/expand path SRP tu.)
-Klik kanan tetikus pada Additional Rules dan pilih “NEW PATH RULE”
-Masukkan drive letter pemacu usb anda & set SECURITY LEVEL as Disallowed dan klik Apply.


Ulang semula langkah diatas untuk setiap USB drive bergantung mana-mana port usb drive yang ada di pc anda.

Sekarang semua fail-fail executable (*.exe, *.bat, *.cmd, *.vbs, *.scr) yang ada dalam usb drive akan dihalang dari dijalankan (execution).

Sekiranya anda ingin menjalankan fail-fail tersebut dari usb drive, copy aplikasi itu dalam pc iaitu local drive anda.

3. Menghalang Aplikasi Virus dari Menghasilkan Autorun.inf dan folder RECYCLER.


Dalam Windows, untuk menghalang fail dihasilkan pada satu direktori adalah dengan membuat folder dengan nama fail tersebut, daan untuk menghalang nama folder dihasilkan adalah dengan membuat nama fail sama seperti nama folder.

Pendek kata, fail digunakan untuk melawan folder dan folder digunakan untuk menghalang fail.

Contoh fail myskali.txt tidak akan dapat dibuat sekiranya ada folder dengan nama myskali.txt.
Contoh folder myskali tidak dapat dibuat sekiranya ada fail myskali.

Jadi, kaedah ini dapat digunakan untuk menghalang ada aplikasi yg cuba menyelitkan fail autorun.inf dan folder RECYCLER.

Untuk menghasilkan fail tersebut hanya perlu:

1. Membuat folder bernama autorun.inf  (untuk menghalang file autorun.inf dihasilkan)
2. Membuat fail RECYCLER (untuk menghalang folder RECYCLER dihasilkan)

Berikut arahan CMD promt yg mudah:


attrib -r -s /s /d autorun.inf
attrib -r -s /s /d RECYCLER
del autorun.inf 
del RECYCLER
md autorun.inf 
md autorun.inf\con
md autorun.inf\con\aux
md autorun.inf\con\aux\nul
echo. >NUL 2>RECYCLER
attrib +h +r +s +a /d autorun.inf
attrib +h +r +s +a /d RECYCLER

(pastikan anda sudah cd ke driver media yang ingin dilindungi itu atau anda boleh buat fail .bat)

Arahan diatas menyebabkan fail dan folder itu hilang pada pandangan dan bersifat read-only.

Pembuatan folder CON, AUX dan NUL adalah untuk memastikan folder CONFIG.INF tidak boleh didelete secara suka-suka.



Sebabnya nama-nama berikut memang tidak boleh dibuat melalui kaedah biasa kerana dah reserved untuk system:

CON Keyboard and display
PRN System list device, usually a parallel port
AUX Auxiliary device, usually a serial port
NUL Bit-bucket device
A: sehingga Z: Drive letters
COM1 First serial communications port
COM2 Second serial communications port
COM3 Third serial communications port
COM4 Fourth serial communications port
LPT1 First parallel printer port
LPT2 Second parallel printer port
LPT3 Third parallel printer port

Cuba anda buat nama folder dengan nama diatas. Folder dengan nama diatas hanya dapat dibuat melalui commad prompt atau hasilan Linux.

4. Menggunakan Aplikasi anti-Autorun atau USB Virus Remover

Di internet terdapat banyak pembuat aplikasi yang membantu anda untuk mengatasi masalah virus dari storan media USB.

Berikut antara yang dpt saya senaraikan:

http://download.bleepingcomputer.com/sUBs/Flash_Disinfector.exe
http://research.pandasecurity.com/panda-usb-vaccine-version-1-0-1-4/
http://www.autorunremover.com/download.html

Saya telah sertakan 3 aplikasi dalam satu fail download:

http://mir.cr/1BOXQUJ1

Sekian. Wahuallam..

Panda USB Vaccine






Autorun Virus Remover

PHP RSS Extractor Using SimpleXML

No comments:
SimpleXML functions is built PHP built in and its very easy to parse rss attributes.

My current project is to create a web robot called Crawler to mining web RSS.


The best part is we did not need any php library to accomplish this task. PHP already


this function and we can use it as example code below.


Wednesday, 19 December 2012

Dunia Sementara Akhirat Selamanya DSAS NineBall

No comments:
Assalamualaikom w.b.t and Greetings,

Kemajuan dunia sebaiknya tidaklah menghalang kita sebagai pengembara dunia untuk merentasinya ke alam akhirat.

Pertemuan meletakkan Perpisahan.
Baru mesti menjadi Lusuh
Tinggi akan Jatuh
Bergerak pasti akan Berhenti
Muda akhirnya akan ke TUA

Berikut saya sertakan lagu nasyid yang baru dari seberang Indonesia yang dinyayikan oleh Derry Sulaiman bekas kumpulan rocker Betrayer, memperkenalkan Ray rocker Nineball yang popular menyanyikan Hingga Akhir Waktu atau versi Inggeris dinyanyikan Christian Bautista dari Philipina dengan judul Till The End Of Time dan Sunu Matta.

Tajuk Lagu: DSAS (Dunia Sementara Akhirat Selamanya)
Penyanyi: Derry Sulaiman (Bekas Band Betrayer) memperkenalkan Ray Nineball dan Sunu Matta



Rocker Betrayer
NineBall Band. Ray yang berbaju putih.
Kulit Album Rocker NineBall


Tuesday, 18 December 2012

Skalian Menjadi Usahawan Landskap Seni Taman Air

No comments:
Assalamualaikom w.b.t and Greetings, 

Alhamdulillah berkat kesabaran yang tinggi dan semangat untuk memulakan perniagaan yang memuncak telah melahirkan Water Feature Landscape.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menghiasi rumah, kedai, atau tempat awam boleh mendapatkan maklumat lanjut di blog http://waterfeaturelandscape.blogspot.com/.

Boleh menghubungi team beliau:

0192879983 / 0132277617


Berikut antara tema landskap air yang telah dihasilkan:









Thursday, 13 December 2012

I Am CCNA CERTIFIED

2 comments:
Assalamualaikom w.b.t and Greetings,

Alhamdulillah,

Today i had pass my CCNA exam and got 881/1000 marks.

Now i am CCNA Certified.

Thanks everyone for your support.

Good Luck for my others friend that will take CCNA exam on next Monday.

Wahuallam.

Tuesday, 11 December 2012

Minyak Habbatussauda Perahan Pertama (Extra Virgin Oil)

8 comments:

Assalamualaikom w.b.t and Greetings,  

InsyaAllah antara nutrien yang terkandung di dalam minyak habatusauda asli dara

Kemanfaatan sesuatu bahan biasanya boleh diambil dari kandungan minyaknya seperti buah kelapa sawit kita mengambil manfaat khasiat dan mudharat dari minyaknya juga. Buah kelapa biasa juga boleh dinilai melalui minyak yang terhasil darinya juga. Begitulah juga dengan gamat Langkawi dan juga koko.

Secara biologinya, bahan-bahan tersebut jika dimakan secara bentuk fizikal asalnya akhirnya akan dicerna di dalam perut dan minyaklah yang akan terhasil yang akan dimanfaati sepenuhnya oleh tubuh badan kita. Yang lain akan menjadi protein dan hampas yang ada juga kegunaan lain seperti serat, pembersih dan lain-lain.

Minyak yang dihasilkan dari biji jintan Habbatussauda'  melalui proses perahan sejuk (Cold Pressured) adalah satu kaedah terbaik dalam membolehkan perut kita cepat mengambil terus khasiatnya. Justeru tidak hairanlah minyak jintan hitam ini mendapat perhatian yang lebih berbanding dari kaedah memakannya secara begitu sahaja.

Minyak Habbatussauda' yang terbaik dihasilkan melalui kaedah perahan sejuk iaitu sejenis bentuk perahan yang dilakukan tanpa melibatkan penggunaan haba dan bioteknologi seperti pemanasan dan penapaian.

Perahan Minyak Habbatussaudak yang pertama adalah yang paling terbaik dan bermutu disebabkan ianya adalah minyak yang pertama terhasil selepas kaedah pemerahan tersebut.

Dalam bahasa inggeris perkataan Habbatus sauda Virgin Oil diguna pakai tetapi untuk perahan pertama akan digunakan nama Extra Virgin Habbatussauda' Oil (iaitu sehabis baik ianya memang perahan pertama sahaja dan tidak dicampur-campur dengan perahan kedua dan seterusnya).

Sepertimana kita memerah santan, perahan santan yang pertama adalah yang lebih pekat dan kuat rasa santannya. Perahan santan yang seterusnya hanya akan menghasilkan bau dan warna yang kurang berbanding yang pertama.

Sekian sahaja artikel saya.

Ingatlah hakikatnya sifat penyembuhan hanya datang dari Allah jua.

Wahuallam.