Wednesday 5 December 2012

Exam CCNA 640-802: Persediaan

Assalamualaikom w.b.t and Greetings,

Peperiksaan CCNA (Cisco Vertified Network Associate) 640-802 adalah amat sukar bagi mereka yang tidak membuat persiapan untuk menghadapinya. Ini kerana dalam SKALI, peperiksaaan CCNA dianggap peperiksaan yang getir berbanding dengan track-track yang lain.

Alhamdulillah saya cuba untuk melepasi halangan ini dengan mencari bahan bacaan dan latihan di internet. Secara umumnya, terdapat banyak rujukan boleh diperolehi di internet tetapi sekiranya tidak ada tumpuan yang khusus kita akan menjadi konfius dan berbelah bagi.

Jadi apalah kiranya jika saya meletakkan beberapa laman web yang betul2 membantu anda dalam menghadapi CCNA atau secara am nya untuk memahami apa itu network (rangkain) sebenar dalam dunia praktikal.

Ingat, mengambil CCNA bukan sahaja untuk lepas tetapi untuk kita:

1. Memahami bagaimana teknologi rangkaian ini beroperasi dan membuat konfigurasi
2. Mendapat mandat atas ilmu teknologi rangkaian yang kita miliki

Kos yang ditanggung oleh SKALI untuk peperiksaan ini berjumlah RM1020 seorang. Bayangkan kami ada sejumlah 12 orang bermakna sejumlah RM12,240 ringgit telah dilaburkan.

Berikut ialah panduan persiapan untuk rujukan kalian:

1. Memahami konsep network

- Buku CCNA tulisan Lamme Todd
- CCNA for Dummies
- CCNA Portable Command Guide
- CB Nugget video

2. Latihan
- 9tut.com (baca setiap topik dalam menu sebelah kanan)
- cocxel.com (baca setiap topik di menu sebelah kiri bahagian CCNA 640-803)
- Virtual CertExam Manager (PrepKing, Pass4Sure, ActualTest)

3. Study Group

Sekarng saya ada 5 ebook CCNA dan VCE dump terbaru keluaran Oktober dan November. Anda boleh meletakkan email di komen bawah InsyaAllah saya akan emailkan file-filenya.

Sekian,



No comments:

Post a Comment