Monday, 10 December 2012

Minyak Habbatussauda Jintan Hitam Penawar

Balik Kampung The Journey
Assalamualaikom w.b.t and Greetings, 

Semalam setelah selesai solat Isyak saya telah bersiap sedia untuk balik ke Kuala Lumpur. Maklumlah 2 minggu sekali balik jadinya agak keberatan untuk meninggalkan mereka terutamanya sekali isteri yang disayangi.

Ada sedikit makan malam iaitu saki baki makanan yang dibawa dari kenduri kahwin saudara sebelah bapa mertua. Saya menjamah kerepek, telur rebus dan dodol durian. Hmm, memang sedap.

Tidak lama kemudian, kepala saya mengalami denyutan yang sangat menyakitkan. Migrain datang dan saya berasa pening-pening keloyaan. Mod untuk balik menaiki bas malam terbantut. Jadinya saya bermalam satu malam lagi di kampung dan merancang menaiki bas awal pagi esoknya.

Sebelum tidur saya meminta isteri saya menyediakan minyak habbatussauda dan juga madu. Selepas meminum dua sudu habbatussauda dan satu sudu madu, saya merasai pening-pening saya berkurangan mendadak tetapi masih ada kesakitan disebabkan denyut-denyut dikepala. Alhamdulillah saya dpt tidur lena sedikit berbanding sebelum mengambil minyak jintan hitam tersebut dan madu asli.

Keesokan paginya saya merasa pening-pening dan denyut-denyut dah tiada. Alhamdulillah. Kebiasaannya kalau saya menaiki bas saya akan mabuk tetapi kali ini saya tidak mengalaminya.

Habbatus Sauda' Jintan Hitam
Sebenarnya pengambilan habbatussauda dan madu adalah ubat yang terbaik yang disabdakan oleh junjungan mulia baginda nabi s.a.w. Mengapa kita sibuk untuk mencari penawar dan supplement yang lain daripada ini sekiranya pemakanan ini telah disabdakan oleh nabi Muhammad S.A.W sendiri.

Untk artikel akan datang saya akan menjelaskan lebih terperinci mengenai khasiat dan kebaikan dari habbatassaudak dan madu asli.

Yang penting sekali ialah kita perlulah benar-benar yakin bahawa sifat penyembuhan hanyalah datang dari Allah dan bukanlah dari apa2 yang kita nampak secara zahirnya.

Wahuallam..

p/s: Dalam sunnah ada kejayaan. Yakinlah.

Penawar Hitam Jintan Habbatussauda

No comments:

Post a Comment