Friday 22 November 2013

Teknologi Murah dan Bergaya Untuk Enterprise atau SOHO

No comments:
Kemudahan Pejabat dan Soho

Assalamualaikom w.b.t dan salam sejahtera,

Dalam sesebuah pejabat berskala kecil kemudahan IT berikut adalah sangat penting untuk diwujudkan. Berikut adalah antara kemudahan IT yang banyak digunakan di dalam syarikat/pejabat:

1. Pengawalan Internet dan Intranet

2. Perkongsian Printer

3. Pengurusan faksimili

4. Sistem sambungan telefon dan PBX

5. Perkongsian Fail dan direktori

Secara asasnya kemudahan di atas dapat disediakan dengan harga yang lebih murah berbanding mengupah vendor-vendor. Namun sekiranya sesebuah syarikat lebih mementingkan kelangsungan produktiviti, keselamatan yang tinggi dan kecekapan pengurusan saya nasihatkan mendapatkan vendor yang mahir dan berpengalaman.

Penggunaan Internet dan Intranet

Antaramuka PfSense
Sambungan yang diperluan ialah Unifi dari ISP Telekom. Kemudian kita perlukan  sebuah server khusus untuk menjadi gateway diantara dunia awam (public internet) dengan dunia dalaman (lan, intranet). Daripda gateway barulah kita pecahkan network ke router dan switch.

Cadangan penggunaan gateway server ialah ClearOS Linux kerana terdapat firewall, statistic dan network filteration/blocking. Pfsense juga antara modul firewall yang percuma dan popular.





Perkongsian Printer

Mesin printer mestilah yang ada kemudahan akses network (tcp/ip) dengan alamat ip statik. Kemudian kita boleh menggabungkan kesemuanya dengan server Linux yang menggunakan module CUPS.

Cups adalah sistem pengurusan dan pemusatan printer yang dibangunkan oleh Apple dan ianya sumber terbuka. Module Cups ini boleh dipasang dan diaktifkan di ClearOS atau mana-mana mesin Linux jua.

Perkongsian dan pengurusan Fax

Apabila menyebut fax kita pasti teringat mesin pencetak dan wayar telefon. Sebenarnya kita boleh menghubungkan beberapa talian fax ke dalam server dan mencetaknya ke mana-mana printer/photostat apabila perlu.

Jadinya mesin fax tidaklah semestinya wujud lebih dari satu dan untuk bahagian pengimbasan gunalah scanner. Cuma kita perlukan talian fax untuk setiap nombor dan kemudian modem fax. Server yang bertanggungjawab keats mesin fax ini mestilah memiliki antaramuka (interface) modem telefon.

AvantFax adalah salah satu PHP Web menggunakan API HylaFax
Modul yang akan digunakan untuk menjadikan server Linux sebagai server fax ialah HylaFAX+. Kita boleh menguruskan beberapa talian faks hanya dalam satu server dan setiap pekerja ada akses melalui web base (java,php,asp) atau client tools (windows built in fax client, java, dotnet).

Sistem sambungan telefon dan PBX

Buat Sendiri Sistem VoIP dan PBX
Syarikat kecil dan sederhana atau SOHO boleh menggunakan penggunaan telefon yang ada sambungan (extension), berhubung di antara staf di bilik atau aras yang berbeza, IVR, lagu menunggu dan berbagai fungi sebenarnya boleh dipasang dengan teknologi VoIP sama ada menggunakan telefon SIP atau analog biasa mahupun perisian telefon (softphone) dengan membina server VoIP Linux (atau boleh dikenali IP PBX) dengan enjin module Asterisk, FreeSwitch, Kamailio, OpenSips , SipXecs . Antara aplikasi yang dibina di atas enjin Asterisk contohnya seperti FreePBX, PBXinFlash, Elastix, Trixbox dan banyak lagi.

Apa yang kita perlukan ialah sistem (pelayan) pbx dengan teknologi VoIP (Suara di IP), perkakas (VoIP gateway, Analog Terminal Adapter dan telefon analog atau digital).

Perkongsian Fail dan direktori

SAMBA = Windows + Linux
Untuk bahagian ini kita bolehlah menggunakan platform Linux dengan module samba.org. Samba adalah modul yng dibangunkan untuk menyediakan platform jaringan Domain antara mesin Linux, Mac OS X dan Windows.

Ini bermakna pelbagai sistem operasi dapat menggunakan kemudahan perkongsian fail, direktori dan servis. Samba boleh diintegarasikan dengan Active Directory untuk mengurus client di dalam domain.

Sekiranya kita lebih menumpukan kepada perkongsian storan di dalam rangkain maka saya cadangkan penggunaa FreeNas iaitu pakej Linux yang tertumpu kepada teknologi Network Access Storage.

Penutup

Hampir kesemua kemudahan ini boleh dilengkapkan hanya di dalam sebuah server Linux. Untuk itu spesifikasi server mestilah menyokong multi pemprosesan dan memory yang cukup tinggi. Namun apabila mereka bentuk struktur kemudahan ini perlulah diambil kira pelbagai faktor seperti keselamatan, pelan kecemasan bencana (disater recovery plan), availibility dan beban (loads).

InsyaAllah sekiranya diberikan kelapangan saya akan menerangkan cara memasang dan menetapkan setiap satu dari kemudahan teknologi ini di entri yang akan datang.






Sunday 17 November 2013

Perbezaan Workgroup dan Domain dalam Rangkaian Windows

No comments:
Assalamualaikom w.b.t dan selamat sejahtera.

Seringkali kita pernah mendengar perkataan WORKGROUP dan DOMAIN dalam seharian menggunakan komputer. Kekadang kita ingin mengetahui apa ke bendanya WORKGROUP dan apa pula DOMAIN.

Pengetahuan mengenai Domain dan Workgroup hanya difahami oleh teknikal IT anda. Namun saya beranggapan semua pengguna komputer sepatutnya memahami secara asas mengenainya.

Jadinya apabila anda memasang Windows, anda hanya perlu memilih antara dua sama ada membuat Workgroup atau turut serta dalam Domain.


Perihal Workgroup
------------------

Semua pakej Windows ada kemudahan Workgroup.

WORKGROUP adalah salah satu nama sistem digunakan kompeni Microsoft di dalam rangkain Microsoft (Windows Network) untuk pengguna produk-produk OS yang dikeluarkan Microsoft.

Sistem Workgroup berfungsi seakan peer to peer di dalam setiap komputer ahlinya. Dengan cara itu bolehlah berkongsi fail, folder, pencetak dan mesin faksimili.

Setiap ahli group menjaga keselamatannya sendiri, memberi kebenaran atau menghalang. Sesuai untuk beberapa orang pengguna komputer berkongsi sesama mereka maksimum dalam 20 buah untuk setiap WORKGROUP.

Perihal Domain
----------------

Pakej Domain hanya ada pada Windows versi Enterprise, Professional, Busines dan Ultimate.

Domain lebih kompleks sebab melibatkan sebuah server yang menjadi hub database dan memusatkan segala sumber, servis dan perkongsian dalam pengurusan oleh seorang Pentadbir (Administrator).

Server yang menjaga pangkalan data pengguna ini dipanggil Domain Controller (DC). DC ada dua jenis iaitu Primary (PDC) dan Backup (BDC).

Penggunaan Domain sesuai untuk organisasi yang memiliki pengguna komputer yang ramai seperti ratusan dan ribuan pekerja.

IsnyaAllah apabila ada masa saya akan menerangkan lebih lanjut mengenai hal ini.

Semoga bermanafaat.


Friday 15 November 2013

Portal Migration Project for MPS (Government Website)

No comments:
Assalamualaikom w.b.t and greetings.

Since mid-October we have been given a new responsibility of which is to implement the government's official portal project migration from server at SKALI Cyberjaya datacentre to respective government organizations owned server.

This is my first time task since i am doing technical work for SCALE (Skali Community Engagement Sdn. Bhd) for stuff computer, a few servers and inventory management.



The tasks is to:

1. Prepare fresh installation of Linux server.
2. Hardening the server.
3. Prepare for dependencies needed for Portal and production.
4. Restore backup portal image.
5. UAT
6. Live