SC 501 = Lif penganjak kertas tidak dapat berfungsi di tray 1 |
Banyak kali sebelum ini perkara ini sering berlaku. Apabila staf-staf banyak membuat salinan dokumen maka pastilah mesin fotokopi RiCoh akan membuat halnya.
Salah satu tugas saya di sini adalah memastikan kelancaran mesin fotokopi. Hal-hal yang tidak menduga akan datang dari mesin-mesin lama ini. Untuk fotokopi di ofis kami ada dua iaitu Canon dan Ricoh. Ricoh yang digunakan ini adalah model yang sedikit lama tetapi masih mampu berfungsi dengan baik.
Antara masalah yang dihadapi ialah kod-kod ralat seperti SC 501, 502, 503 atau 504. Kod-kod ini kebiasaanya berkaitan dengan motor penganjak kertas di tray. Tray ialah tempat dimana kita meletakkan kertas untuk difotokopi. Kod SC 501 bermaksud masalah motor penganjak (lifter) kertas di tray 1, kod SC 502 untuk tray 2 dan seterusnya.
Masalah seperti motor penganjak tidak dapat berfungsi disebabkan adanya gangguan seperti carikan kertas, motor tidak berfungsi atau tercabut dan kertas yang dimaksudkan terlalu banyak.
SC 501, SC 502, SC 503, SC 504
Ralat yang selalu terjadi di ofis dipaparkan dengan ayat berikut "Call Service. SC 501" beserta "Problem with tray 1". Kod SC 501 bermaksud tray 1 mengalami masalah mengajak kertas ke antaramuka pengelek keluar. Anda akan mendapati simbol spannar di paparan pemilihan tray di skrin sesentuh.
Call Service. SC 501 |
InsyaAllah masalah ini boleh diatasi dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
1. Buka tray yang bermasalah dan tarik sehingga tinggal hujung.
2. Angkat bahagian hujung yang beroda keatas sedikit supaya roda terlepas dari laluannya dan keluarkan
3. Bahagian dalam sebelah tepi akan ada kertas yang tersangkut pada dinding bermotor ataupun laluan kertas keluar. Cari dan cuba keluarkan walaupun serpihan kertas yang kecil.
4. Masukkan semula tray
5. Restart kan mesin. Jika masih ada ralat walaupun yakin tiada kertas yang tersangkut cuba cara mereset ralat di bawah.
Mereset sebarang Ralat:
1. Masuk ke "Clear Mode" (biasanya tekan butang kuning dan mendengar bunyi)
2. Masukkan nombor "1,0,7"
3. Tekan butang "Clear/Stop" selama 5 saat sampai masuk ke paparan "Service Mode"
4. Klik "Exit" di dalam paparan "Service Mode" yang akan kembali ke paparan normal
5. Tekan suis utama mesin OFF dan ON kan semula yang terletak di tepi atau hadapan mesin
Butang Clear Mode dan kekunci 1,0,7, seterusnya.. |
Tekan/hold butang Clear/Stop |
Semoga info ini memberi manfaat kepad semua.
Ricoh Error Code SC541, sc542, sc 543, sc544, sc545, sc546 |
p/s: Masalah Ricoh Error Code SC541, sc542, sc 543, sc544, sc545, sc546 adalah berkaitan alat termistor mungkin disebabkan terlalu panas atau ada sedikit gangguan. Kerosakan besar pada bahagian termistor perlulah diganti.
No comments:
Post a Comment