Monday 30 September 2013

InsyaAllah Resepi Mengubati Kencing Manis Untuk Anda

No comments:
Assalamualaikom w.b.t

Di dalam entri saya yang sebelumnya, saya ada menceritakan tentang kebaikan dalam pengambilan dan pengamalan minyak habatussauda ini. Salah satu dari kebaikan yang Allah s.w.t sediakan di dalam biji berkat ini ialah mampu menurunkan dan insyaAllah mengubati penyakit kencing manis. Cuma apa yang diperlukan ialah keyakinan kita bahawa Allah yang menyembuhkan dan meyakini sabdaan baginda junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.

Iaitu pertama yakin Allah yang menyembuhkan, kedua yakin sabdaan nabi dan mengamalkan cara saranan nabi iaitu beristiqomah mengambilnya. Berikut adalah resepi adunan ringkas untuk pra dan penghidap kencing manis yang telah dikongsikan oleh seorang saudara muslim kita dari India.
Halba atau Fenugreek (Edible Gum)

Resepi:

10 gram barli
10 gram halba
10 gram tepung atta'
1 sudu teh minyak habatussauda

Biji Barli





Cara penyediaan:

Rebus barli, halba dan tepung atta' dengan setengah liter air selama 15-20 minit. Kemudian campurkan pati rebusan tersebut dengan satu sudu teh minyak habatusauda dan kacau. Minum campuran tersebut sebelum sarapan (perut kosong) setiap hari selama 2-3 minggu.

Wahuallam...

Wednesday 25 September 2013

Bagaimana Windows OEM Diaktifkan Automatik

No comments:
Value Added Reseller vendors
Assalamualaikom w.b.t

Pada entri sebelumnya saya telah membicarakan secara ringkas mengenai OEM yang merupakan strategik perniagaan yang digunapakai hari ini. Untuk entri kali ini saya akan memasuki tahap lebih terperinci mengenai Windows OEM yang digunapakai jenama-jenama besar pengeluar komputer siap pakai ini.

Pada asalnya pengeluar komputer adalah mereka yang terlibat dengan industri penghasilan sebahagian dari komponen komputer seperti IBM. Apabila syarikat-syarikat lain melihat peluang dari keperluan penduduk dunia terhadap penggunaan komputer maka muncullah beberapa jenama-jenama yang membeli komponen OEM secara pukal komponen dan kemudian memasang dan membungkusnya semula menjadi satu produk komputer yang berfungsi dengan spesifikasi tertentu. Pakej ini akan disertakan sekali garenti, khidmat lepas belian dan servis tambahan (addon value). Syarikat-syarikat ini dikenali sebagai VAR (value added reseller).

Mula-mula mereka hanya mengeluarkan komputer kosong dan kalau nak dipasang Windows kena ada tambahan harga. Kemudian permintaan semakin meningkat sehingga mereka mengeluarkan komputer yang preinstall iaitu sudah terpasang pengoperasian Windows dengan harga yang jauh lebih murah. Seperti biasa produk windows perlulah diaktifkan dan didaftarkan. Kaedah pengaktifan ini biasanya melalui telefon atau atas talian (online).

Kaedah pengaktifan  Windows ini membebankan sekiranya perlu dilakukan terhadap ribuan komputer yang dikeluarkan. Kos pekerja yang perlu berjam-jam memasang, memasukkan license key dan mengaktifkan bertambah dan tidak relevan.

Stiker memaparkan kekunci COA (Certificate of Authority)

Oleh kerana pengeluar-pengeluar tersohor ini banyak menguntungkan Microsoft maka pihak Microsoft telah menyediakan satu jalan iaitu pakej Windows OEM. Dengan cara ini pengeluar-pengeluar besar ini hanya perlu membuat imej Windows terhadap ribuan komputernya tanpa perlu mengaktifkannya satu persatu.

Melalui cara ini maka wujudlah perkataan SLP dan SLIC:

SLP = System Locked PreInstallation
SLIC = System Licences Internal Code

kunci SLP + (Certifikat SLP + SLIC Bios OEM) = Aktif sebagai asli
SLP adalah kaedah terpenting dan terutama dalam pengesahan dan pengaktifan OEM ini. Ada 5 versi yang berubah mengikut versi OS yang dikeluarkan setakat ini:


1. SLP 1.0/1.1 untuk Windows XP, Windows Server 2003
2. SLP 2.0 untuk Windows Vista, Windows Server 2008
3. SLP 2.1 untuk Windows 7, Windows Server 2008 R2
4. SLP 2.2 untuk Windows Server 2012
5. SLP 3.0 untuk Windows 8

SLIC pula adalah kaedah paten digital (digital signature) yang disimpan di jadual SLIC di BIOS. Paten digital mestilah menyamai/sepadan dengan paten digital fail kelulusan SLP.

Asas penting dalam penggunaan Windows OEM:

1. Pengeluar membayar lesen OEM kepada Microsoft

2. Microsoft mengeluarkan kekunci SLIC (SLIC key) sebagai ganti kekunci lesen yang biasa (retail key)

3. Microsoft juga mengeluarkan fail kelulusan SLP (SLP certificate file)

4. Microsoft juga memberikan BIOS ROM (bios marker tool) yang mengandungi kod SLP di jadual SLIC yang perlu sepadan dengan kelulusan SLP.

Mengenalpasti versi jadual SLIC di bios

Umumnya untuk membolehkan pc OEM contohnya DELL mengaktifkan Microsoft Windows XP perlulah wujud 3 keadaan berikut:

1. BIOS - Dalam jadual SLIC ada SLP 1.0 dengan digital signature khas untuk DELL
2. Fail Kelulusan SLP DELL (Certificate SLP - OEMBios) - Disumbat dalam Setup CD Windows XP
3. SLP key khas untuk OEM untuk Win XP (bukan retail key atau Volume License key)

Apabila 3 keadaan diatas sepadan maka barulah Micorsoft Windows akan menjadi aktif tanpa perlu memasukkan nombor lesen.

Tuesday 24 September 2013

Apa itu OEM dan Kaitannya Dengan Windows dan Jenama Brand Popular

No comments:
Assalamualaikom w.b.t

Apakah OEM?

OEM  adalah singkatan Original Equipment Manufacturer. Istilah OEM ini cukup popular di kalangan industri produk makanan, kecantikan, pencuci dan komputer. Kenapa ada nama OEM ini? InysaAllah saya akan terangkan serba sedikit.

Secara umum mana-mana pengilang yang menjual produk yang dibeli pihak lain kemudian boleh di dijenamakan atau branding. Produk ini dikategori OEM.


Sumber:  www.kyoeisha.co.jp/en/cleaning/oem_main.html

Contoh untuk industri kecantikan dan pencuci:

Pengilang menghasilkan sabun perisa anggur. Syarikat A membeli sabun tersebut dan menjualnya sebagai jenama Sabun A. Produk ini dikira OEM.

Ada beberapa jenama pencuci baju di Malaysia yang membeli secara pukal serbuk sabun dari pengilang di India, Filipina dan Indonesia yang kemudiannya menjenamakan produk mereka. Kebiasaanya walaupun berbeza jenama tetapi serbuk pencuci biasanya datang dari sumber yang sama. Kelebihan produk terletak kepada strategi pembungkusan, bahan tambah dan pengiklanan.

Contoh untuk industri pemakanan:

Pengilang menghasilkan serbuk kopi 3 in 1. Ada 10 pilihan perasa. Boleh pilih satu atau mencampur adukkan. Syarikat B berminat menghasilkan kopi campuran empat perisa dan membeli secara pukal dan dijenamakan Kopi B. Produk ini dikira OEM.

Di Malaysia industri pemakanan seperti kopi jenama yang sudah popular biasanya dihasilkan oleh pengilang yang menghasilkan produk mereka. Ada sesetengah pengilang memberikan servis mereka bentuk kulit dan mencetak pembungkusan. Ada juga yang menyediakan sijil GMP, Halal dan seumpamanya.

Maka tidak hairanlah pasaraya-pasaraya terbesar di Malaysia boleh menjual pelbagai produk di bawah jenama mereka sendiri. Ini kerana produk berdasarkan OEM ini adalah kurang kualiti dan sepatutnya lebih murah berbanding pengilang yang menghasilkan serta menjualnya di bawah jenama mereka sendiri.

Pernah dengar Windows OEM?

DELL, HP, ASUS dan banyak lagi syarikat penjual komputer berjenama dipasang dengan Microsoft Windows jenis OEM. Istilah Windows OEM ialah syarikat berjenama komputer membayar sejumlah wang yang besar untuk lesen pukal bagi membolehkan mengintegrasikan komputer mereka dengan produk Windows secara prapasanga atau preinstall. Kaedah ini membolehkan Windows ini tidak perlu didaftar dan diaktifkan melalui kunci lesen (License key) sepertimana Windows runcit (retails).

Melalui terma OEM ini, mereka bahkan boleh menyelitkan setup windows mereka ke dalam CD setup di bawah jenama mereka sendiri seperti yang dilakukan oleh LENOVO.

Pengeluar Komputer Berjenama?

Jenama-jenama popular pembuat komputer ini kebanyakkan bukanlah menghasilkan keseluruhan komponen komputer, bahkan mereka menggabungkan kesemuanya dengan kepakaran memampatkan dan integrasi dengan papan utama yang dikenalai System integrasi (SI) mereka sendiri

Perniagaan berdasarkan OEM ini terlalu meluas dan tersebar di mana-mana bahagian hidup anda. Pengeluar kereta adalah antara yang banyak terlibat dengan permainan industri ini.

Wahuallam...


Thursday 19 September 2013

Apa itu NetCut dan bagaimana mengatasinya

No comments:
Assalamualaikom w.b.t

NetCut adalah sebuah program yang berupaya memutuskan sambungan komputer lain yang bersubnet sama di dalam rangkaian ethernet/LAN. Program NetCut boleh di muat turun disini.

Secara teknikal bagaimana NetCut berfungsi:

Rajah 1: Lapisan-lapisan OSI
NetCut menggunakan satu teknik mudah yang dipanggil "ARP poisoning" atau sesetengahnya memanggil "ARP spoofing". Kaedah ini adalah bertujuan mengganggu protokol biasa yang terlibat dalam urusan komunikasi dalaman rangkaian. Teknik ini jugalah yang biasa digunakan untuk menjadi Serangan Orang Tengah atau dalam bahasa inggerisnya "Man In The Middle attack".

Sebelum saya menerangkan mengenai meracun ARP (ARP poisoning) apa kata kita belajar sedikit asas gerak kerja ARP ini.

ARP adalah singkatan kepada perkataan Address Resolution Protocol. ARP adalah protokol digunakan untuk menyelesaikan alamat di lapisan Network kepada alamat di lapisan Data Link dalam sesebuah rangkaian. Pendek kata ARP membantu memetakan alamat IP dengan alamat MAC nya.

Mari kita merujuk senario berikut:


Rajah 2: Contoh rangkaian di dalam LAN
Sekarang Ali ingin menghantar paket kepada Abu. Untuk itu Ali perlulah mengetahui alamat MAC bagi IP 192.168.0.4. Ali pada mulanya akan menyemak jadual arkib rekod ARP yang tersimpan. Sekiranya tidak wujud maka Ali akan menghebah satu ARP meminta alamat MAC untuk IP 192.168.0.4. Apabila Abu mendengar hebahan tersebut ia akan membalas alamat MAC nya kepada Ali.

Rajah di bawah menerangkan secara ringkas konsep tersebut:
Rajah 3: Contoh Ringkas Aliran Komunikasi ARP biasa
Setelah memahami serba sedikit mengenai ARP tibalah masanya untuk memahami serangan meracun ARP (ARP poisoning attack). Andaikan senario berikut berlaku di dalam rangkaian tersebut. Apa yang berlaku sekiranya ada satu pihak lain (MITM) membalas terlebih dahulu hebohan Ali? Dalam hal ini pastinya Ali akan menyangka alamat MAC pihak tersebut 00:00:00:00:00:03 (MITM) sebagai alamat MAC untuk IP 192.168.0.4. Justeru Ali akan mula berhubung dan menghantar paket kepada MITM. Rajah di bawah menunjukkan proses serangan tersebut:
Rajah 4: Contoh serangan meracun gerak kerja ARP di rangkaian
Bagaimana pula sekiranya MITM membalas ARP dengan memberikan alamat MAC yang tidak wujud? Ini akan menyebabkan keadaan ALI seumpama mesin DoS. Cara seperti inilah yang diguna pakai oleh NetCut untuk melucutkan sambungan komputer lain di dalam rangkaian yang sama.

Cara Menghalang serangan meracun ARP:

Cara yang terbaik untuk menangani serangan ARP spoofing adalah menggunakan ARP statik berbanding dinamik. Di dalam pengoperasian Linux atau Windows, terdapat arahan yang dipanggil arp yang digunakan untuk memantau jadual arkib dan menukar dari dinamik ke statik.

Cara yang lain adalah dengan memasang aplikasi pemantau seperti arpwatch untuk UNIX dan Xarp-v2 untuk Windows bagi melindungi serangan jenis ini.

Wahuallam...

Rujukan:
Arp Spoofing Wiki



Tuesday 17 September 2013

Mengatasi Masalah Mengosongkan Recycle Bin Windows

No comments:
Assalamualaikom w.b.t.

Hari ini seperti kebiasaannya saya mengodek godek komputer dan terdelete folder yang mengeluarkan ralat "Access Denied". Biasa fail atau folder sedemikian saya akan buang dengan menggunakan aplikasi Unlocker.

Ternyata aplikasi Unlocker berjaya membuangnya dan meletakkannya di dalam Recycle Bin (Tong Kitar Semula). Kemudian saya cuba mengosongkan recycle bin dan keluarlah ralat ini:

Cannot Remove Folder Dc86: Access denied.
Make sure the disk is not full or write-protected and the file is not currently in use.

Kemudian saya membuka folder RECYCLER didalam c: drive dan cuba mendelete dengan menggunakan aplikasi Unlocker dan cmd prompt. Namun error/ralat yang sama tetap muncul.



Folder atau file Dc nie kekadang berubah nombor hujungnya mengikut kitaran seperti Dc1, DC2 dan seumpamanya. Fail atau folder demikian biasanya wujud di dalam Recycle Bin apabila kita ada mendelete mana-mana fail atau folder yang ada masalah dengan permission dan memaksa buang dengan utiliti tertentu seperti Unlocker.

Saya kemudian menyemak recycle bin yang kosong tetapi icon menunjukkan recycle bin masih berisi sesuatu. Hmmm, agak mushkil. Setelah try and error maka Alhamdulillah dapatlah mencari penyelesaiannya.


Penyelesaian kepada masalah ini memerlukan anda menggunakan aplikasi Unlocker dan menetapkan setting folder option untuk melihat hidden dan protected file dan folder. Silalah download Unlocker dan pasangkannya.

1. Pergi ke c:/recycler

2. Delete folder icon recycle bin dengan nama bermula huruf S-diikuti serial number seperti
S-1-5-21-682003330-57989841-839522115-1009 menggunakan Unlocker. Icon recycle bin akan berubah dan menjadi folder hidden biasa sahaja.

3. Klik kanan folder tersebut dan pilih properties->tab Security

4. Klik Advanced->tab Permissions tandakan kekotak inherit dan klik Apply

Kemudian delete folder tersebut dengan menggunakan kekunci SHIFT + DELETE untuk direct membuang tanpa melalui recycle bin. Kira bypass Recycle Bi. Klik Yes To All sekiranya diminta.

Ikon recycle bin masih menunjukkan sesuatu ada di dalamnya. Cara mudah untuk refresh ialah dengan membuat satu file dummy dan mendeletenya. Setelah itu anda boleh empty recycle bin.

Itu sahaja panduan saya buat masa ini. Semoga bermanfaat.