Tuesday, 24 September 2013

Apa itu OEM dan Kaitannya Dengan Windows dan Jenama Brand Popular

Assalamualaikom w.b.t

Apakah OEM?

OEM  adalah singkatan Original Equipment Manufacturer. Istilah OEM ini cukup popular di kalangan industri produk makanan, kecantikan, pencuci dan komputer. Kenapa ada nama OEM ini? InysaAllah saya akan terangkan serba sedikit.

Secara umum mana-mana pengilang yang menjual produk yang dibeli pihak lain kemudian boleh di dijenamakan atau branding. Produk ini dikategori OEM.


Sumber:  www.kyoeisha.co.jp/en/cleaning/oem_main.html

Contoh untuk industri kecantikan dan pencuci:

Pengilang menghasilkan sabun perisa anggur. Syarikat A membeli sabun tersebut dan menjualnya sebagai jenama Sabun A. Produk ini dikira OEM.

Ada beberapa jenama pencuci baju di Malaysia yang membeli secara pukal serbuk sabun dari pengilang di India, Filipina dan Indonesia yang kemudiannya menjenamakan produk mereka. Kebiasaanya walaupun berbeza jenama tetapi serbuk pencuci biasanya datang dari sumber yang sama. Kelebihan produk terletak kepada strategi pembungkusan, bahan tambah dan pengiklanan.

Contoh untuk industri pemakanan:

Pengilang menghasilkan serbuk kopi 3 in 1. Ada 10 pilihan perasa. Boleh pilih satu atau mencampur adukkan. Syarikat B berminat menghasilkan kopi campuran empat perisa dan membeli secara pukal dan dijenamakan Kopi B. Produk ini dikira OEM.

Di Malaysia industri pemakanan seperti kopi jenama yang sudah popular biasanya dihasilkan oleh pengilang yang menghasilkan produk mereka. Ada sesetengah pengilang memberikan servis mereka bentuk kulit dan mencetak pembungkusan. Ada juga yang menyediakan sijil GMP, Halal dan seumpamanya.

Maka tidak hairanlah pasaraya-pasaraya terbesar di Malaysia boleh menjual pelbagai produk di bawah jenama mereka sendiri. Ini kerana produk berdasarkan OEM ini adalah kurang kualiti dan sepatutnya lebih murah berbanding pengilang yang menghasilkan serta menjualnya di bawah jenama mereka sendiri.

Pernah dengar Windows OEM?

DELL, HP, ASUS dan banyak lagi syarikat penjual komputer berjenama dipasang dengan Microsoft Windows jenis OEM. Istilah Windows OEM ialah syarikat berjenama komputer membayar sejumlah wang yang besar untuk lesen pukal bagi membolehkan mengintegrasikan komputer mereka dengan produk Windows secara prapasanga atau preinstall. Kaedah ini membolehkan Windows ini tidak perlu didaftar dan diaktifkan melalui kunci lesen (License key) sepertimana Windows runcit (retails).

Melalui terma OEM ini, mereka bahkan boleh menyelitkan setup windows mereka ke dalam CD setup di bawah jenama mereka sendiri seperti yang dilakukan oleh LENOVO.

Pengeluar Komputer Berjenama?

Jenama-jenama popular pembuat komputer ini kebanyakkan bukanlah menghasilkan keseluruhan komponen komputer, bahkan mereka menggabungkan kesemuanya dengan kepakaran memampatkan dan integrasi dengan papan utama yang dikenalai System integrasi (SI) mereka sendiri

Perniagaan berdasarkan OEM ini terlalu meluas dan tersebar di mana-mana bahagian hidup anda. Pengeluar kereta adalah antara yang banyak terlibat dengan permainan industri ini.

Wahuallam...



No comments:

Post a Comment