Wednesday, 25 September 2013

Bagaimana Windows OEM Diaktifkan Automatik

Value Added Reseller vendors
Assalamualaikom w.b.t

Pada entri sebelumnya saya telah membicarakan secara ringkas mengenai OEM yang merupakan strategik perniagaan yang digunapakai hari ini. Untuk entri kali ini saya akan memasuki tahap lebih terperinci mengenai Windows OEM yang digunapakai jenama-jenama besar pengeluar komputer siap pakai ini.

Pada asalnya pengeluar komputer adalah mereka yang terlibat dengan industri penghasilan sebahagian dari komponen komputer seperti IBM. Apabila syarikat-syarikat lain melihat peluang dari keperluan penduduk dunia terhadap penggunaan komputer maka muncullah beberapa jenama-jenama yang membeli komponen OEM secara pukal komponen dan kemudian memasang dan membungkusnya semula menjadi satu produk komputer yang berfungsi dengan spesifikasi tertentu. Pakej ini akan disertakan sekali garenti, khidmat lepas belian dan servis tambahan (addon value). Syarikat-syarikat ini dikenali sebagai VAR (value added reseller).

Mula-mula mereka hanya mengeluarkan komputer kosong dan kalau nak dipasang Windows kena ada tambahan harga. Kemudian permintaan semakin meningkat sehingga mereka mengeluarkan komputer yang preinstall iaitu sudah terpasang pengoperasian Windows dengan harga yang jauh lebih murah. Seperti biasa produk windows perlulah diaktifkan dan didaftarkan. Kaedah pengaktifan ini biasanya melalui telefon atau atas talian (online).

Kaedah pengaktifan  Windows ini membebankan sekiranya perlu dilakukan terhadap ribuan komputer yang dikeluarkan. Kos pekerja yang perlu berjam-jam memasang, memasukkan license key dan mengaktifkan bertambah dan tidak relevan.

Stiker memaparkan kekunci COA (Certificate of Authority)

Oleh kerana pengeluar-pengeluar tersohor ini banyak menguntungkan Microsoft maka pihak Microsoft telah menyediakan satu jalan iaitu pakej Windows OEM. Dengan cara ini pengeluar-pengeluar besar ini hanya perlu membuat imej Windows terhadap ribuan komputernya tanpa perlu mengaktifkannya satu persatu.

Melalui cara ini maka wujudlah perkataan SLP dan SLIC:

SLP = System Locked PreInstallation
SLIC = System Licences Internal Code

kunci SLP + (Certifikat SLP + SLIC Bios OEM) = Aktif sebagai asli
SLP adalah kaedah terpenting dan terutama dalam pengesahan dan pengaktifan OEM ini. Ada 5 versi yang berubah mengikut versi OS yang dikeluarkan setakat ini:


1. SLP 1.0/1.1 untuk Windows XP, Windows Server 2003
2. SLP 2.0 untuk Windows Vista, Windows Server 2008
3. SLP 2.1 untuk Windows 7, Windows Server 2008 R2
4. SLP 2.2 untuk Windows Server 2012
5. SLP 3.0 untuk Windows 8

SLIC pula adalah kaedah paten digital (digital signature) yang disimpan di jadual SLIC di BIOS. Paten digital mestilah menyamai/sepadan dengan paten digital fail kelulusan SLP.

Asas penting dalam penggunaan Windows OEM:

1. Pengeluar membayar lesen OEM kepada Microsoft

2. Microsoft mengeluarkan kekunci SLIC (SLIC key) sebagai ganti kekunci lesen yang biasa (retail key)

3. Microsoft juga mengeluarkan fail kelulusan SLP (SLP certificate file)

4. Microsoft juga memberikan BIOS ROM (bios marker tool) yang mengandungi kod SLP di jadual SLIC yang perlu sepadan dengan kelulusan SLP.

Mengenalpasti versi jadual SLIC di bios

Umumnya untuk membolehkan pc OEM contohnya DELL mengaktifkan Microsoft Windows XP perlulah wujud 3 keadaan berikut:

1. BIOS - Dalam jadual SLIC ada SLP 1.0 dengan digital signature khas untuk DELL
2. Fail Kelulusan SLP DELL (Certificate SLP - OEMBios) - Disumbat dalam Setup CD Windows XP
3. SLP key khas untuk OEM untuk Win XP (bukan retail key atau Volume License key)

Apabila 3 keadaan diatas sepadan maka barulah Micorsoft Windows akan menjadi aktif tanpa perlu memasukkan nombor lesen.

No comments:

Post a Comment