Tuesday 27 August 2013

Mengatasai Masalah Windows cannot access Code Error 0×80070035 Win7

No comments:


Assalamualaikom w.b.t

Alhamdulillah projek 1SKALI internet berada di fasa ke-2. Pada fasa ini wireless SSID akan boleh diakses di hampir setiap aras Menara Sentul. Dalam kesibukan mengemaskini computer staf-staf, saya berhadapan dengan satu masalah  pada salah satu computer staf SKALI SCALE iaitu En. Aidi. 

Masalah beliau ialah pc desktop Windows 7 nya tidak  dapat mengakses server fail dalam rangkain LAN. Kebiasaanya kita akan mengakses direktori server melalui kekotak RUN atau Windows Explorer.

Ralat yang muncul apabila cuba untuk masuk ke direktori server ialah:

Windows cannot access \\OFFICE-PC
Check the spelling of the name. Otherwise, there might be a problem with your network. To try to identify and resolve problems, click Diagnose.
Error code: 0x80070035
The network path was not found.

Kod Ralat 0x80070035 secara asasnya adalah masalah pada sambungan rangkaian (network) yang melibatkan perkongsian dan akses fail melalui internet atau LAN.

Mencari penyelesaian memerlukan lebih banyak masa. Masalah seperti ini kekadang penyelesaiannya berbeza mengikut situasi komputer. 

Berikut antara penyelesaian-penyelesaian yang boleh dicuba:-

Penyelesaian A:


  1. Klik START -> Networks ->Manage  Network Connections
  2. Klik kanan “Local Area Connection” atau ”Wireles Connection” dan pilih “Properties”
  3. Tandakan “File and Printer Sharing for Microsoft Networks”


Penyelesaian B:

  1.   Pergi  taskbar network connection dan klik “Open Network and Sharing Center”
  2.  Klik “homegroup and sharing options” untuk membuka tetingkap Homegroup .
  3. Tukar network anda ke pretetapan peribadi (private) iaitu network HOME atau WORK.




Friday 23 August 2013

1SKALI Internet Consolidation

No comments:
Assalamualaikom w.b.t and Greetings,

As Skalian, we are one entity even we are under different subsidiaries, departments, divisions, roles and managements. The term 1SKALI is to develop and engage all stuff to be together, as one SKALI. We rise and fall together as one SKALI.

1SKALI Internet Consolidation is an initiative project to centralize all Skali internet and network across all subsidiaries and departments. The purpose is to create a management network more better than before.

Previously, every subsidiaries will have their own different network and wireless SSID. Some subsidaries subscribe different accounts of Streamyx and P1. This will take high cost. Today, we have just one accounts and more faster than before.

This project including three phase:

Phase 1: Internet Consolidation

Phase 2: Wireless Consolidation

Phase 3: Access ID

Welcome and enjoy our new network and internet beyond...

Thursday 15 August 2013

Cara Logout dari Folder Perkongsian Dalam Rangkaian

No comments:
Logout Remote Shared Directory
Assalamualaikom w.b.t

Hari ini saya mendapat beberapa tugasan menyelesaikan masalah pc stuff dan Young Skalian. Ada antara perkara kecil kekadang kita tidak berapa ingat bagaimana untuk mengatasinya.

Salah satunya ialah bagaimana untuk membatalkan session (logout) dari remote shared folder yang ada akses username dan password.

Ceritanya begini, salah seorang stuff SCALE telah memberitahu bahawa passwordnya yang digunakan untuk mengakses ke direktori di server tidak boleh digunakan seperti biasa. Untuk mengenal pasti sama ada masalah itu berpunca dari client side (komputer pengguna) saya telah memasukkan username dan password saya sendiri dan berjaya mengakses ke private folder di server pencetak.

Kemudian saya menyemak ke Active Directory Windows Server dan mendapati password beliau telah expired. Kemungkinan sebelum ini kita terlupa nak set "Password never Expires" kat maklumat akaun beliau.  Kemudian saya telah mengaktifkan passwordnya semula.

Untuk mencuba sama ada password beliau kembali aktif kebiasaanya saya akan merestart komputer tetapi memandangkan beliau sedang membuka begitu banyak aplikasi jadinya saya membuat keputusan untuk logout akses saya yang pertama dan memasukkan akses beliau tanpa restart.

Ada beberapa kaedah dan keadaan untuk logout dari remoted direktori perkongsian.

Network direktori yang telah dipetakan (mapping) sebagai network drive:

Disconnect Network Drive

1. Di tetingkap explorer pilih Tools -> Disconnect Network Drive
2. Pilih mana-mana atau kesemuanya dan klik Ok

Perhatian: Ini akan membuang network drive dari komputer. Anda perlu membuat network drive semula selepasnya.

Logout dari Perkongsian Direktori yang menyimpan kata laluan

Kerana leceh ramai yang memilih untuk ketik "Remember my password" dan setiap kali kita mengakses folder/direktori ianya akan auto login.

Sebelum logout kita kena pastikan password yang disimpan perlu dibuang. Ikuti langkah2 berikut:

Manage My Network Passwords


1. Pilih Start -> Control Panel -> User Accounts
2. Pilih akaun yang anda sedang logon sekarang ini.
3. Di sebelah kiri bahagian "Related Tasks", pilih "Manage my network passwords".
4. Pilih network yang anda ingin logout dan klil Remove.

Cara yang paling mudah ialah menggunakan command prompt (cmd):

Untuk shortcut ke Manage My Network Password:

1. Click Start--> Run : Taip "cmd" (tanpa quote)
2. Taip  rundll32.exe keymgr.dll,KRShowKeyMgr  dan kemudian klik OK




Atau  

1. Click Start--> Run : Taip "cmd" (tanpa quote)
2. Taip Control Userpasswords2 dan kemudian klik OK
3. Klik tab Advanced dan klik butang Manage Passwords.

Disconnect Network Drive/Directory:


1. Click Start--> Run : Taip "cmd" (tanpa quote)
2. Taip Net use * /DELETE
3. Ada senarai remote network yang masih login. Taip Y dan ketik Enter

Reconnect Network Drive/Directory:

1. Click Start--> Run : Taip "cmd" (tanpa quote)
2. Taip Net use \\<masukkan network anda>  dan Enter
3. Masukkan username dan Enter
4. Masukkan password dan Enter

Semoga bermanfaat. Wahuallam...



 

Tuesday 6 August 2013

Simbol Bintang Berbucu 6 di Lisakovsk, Kazakhstan

No comments:

Assalamualaikom w.b.t

Dalam dunia ini ada banyak benda pelik. Dan salah satunya yang saya terbaca laporannya di media internet ialah bintang berbucu enam di salah satu tempat di Lisakovsk, Kazakhstan sebuah negara bekas jajahan Rusia. Kawasan itu dikatakan tidak berpenghuni. Petempatan terhampir ialah perkampungan Lisakovsk yang terletak kira-kira 20 kilometer dari situ.

Peta Lokasi:
http://goo.gl/maps/txB54

Koordinat: 52.479748,62.185614

Wahuallam.