Tuesday 27 August 2013

Mengatasai Masalah Windows cannot access Code Error 0×80070035 Win7



Assalamualaikom w.b.t

Alhamdulillah projek 1SKALI internet berada di fasa ke-2. Pada fasa ini wireless SSID akan boleh diakses di hampir setiap aras Menara Sentul. Dalam kesibukan mengemaskini computer staf-staf, saya berhadapan dengan satu masalah  pada salah satu computer staf SKALI SCALE iaitu En. Aidi. 

Masalah beliau ialah pc desktop Windows 7 nya tidak  dapat mengakses server fail dalam rangkain LAN. Kebiasaanya kita akan mengakses direktori server melalui kekotak RUN atau Windows Explorer.

Ralat yang muncul apabila cuba untuk masuk ke direktori server ialah:

Windows cannot access \\OFFICE-PC
Check the spelling of the name. Otherwise, there might be a problem with your network. To try to identify and resolve problems, click Diagnose.
Error code: 0x80070035
The network path was not found.

Kod Ralat 0x80070035 secara asasnya adalah masalah pada sambungan rangkaian (network) yang melibatkan perkongsian dan akses fail melalui internet atau LAN.

Mencari penyelesaian memerlukan lebih banyak masa. Masalah seperti ini kekadang penyelesaiannya berbeza mengikut situasi komputer. 

Berikut antara penyelesaian-penyelesaian yang boleh dicuba:-

Penyelesaian A:


  1. Klik START -> Networks ->Manage  Network Connections
  2. Klik kanan “Local Area Connection” atau ”Wireles Connection” dan pilih “Properties”
  3. Tandakan “File and Printer Sharing for Microsoft Networks”


Penyelesaian B:

  1.   Pergi  taskbar network connection dan klik “Open Network and Sharing Center”
  2.  Klik “homegroup and sharing options” untuk membuka tetingkap Homegroup .
  3. Tukar network anda ke pretetapan peribadi (private) iaitu network HOME atau WORK.





No comments:

Post a Comment