Tuesday, 11 December 2012

Minyak Habbatussauda Perahan Pertama (Extra Virgin Oil)


Assalamualaikom w.b.t and Greetings,  

InsyaAllah antara nutrien yang terkandung di dalam minyak habatusauda asli dara

Kemanfaatan sesuatu bahan biasanya boleh diambil dari kandungan minyaknya seperti buah kelapa sawit kita mengambil manfaat khasiat dan mudharat dari minyaknya juga. Buah kelapa biasa juga boleh dinilai melalui minyak yang terhasil darinya juga. Begitulah juga dengan gamat Langkawi dan juga koko.

Secara biologinya, bahan-bahan tersebut jika dimakan secara bentuk fizikal asalnya akhirnya akan dicerna di dalam perut dan minyaklah yang akan terhasil yang akan dimanfaati sepenuhnya oleh tubuh badan kita. Yang lain akan menjadi protein dan hampas yang ada juga kegunaan lain seperti serat, pembersih dan lain-lain.

Minyak yang dihasilkan dari biji jintan Habbatussauda'  melalui proses perahan sejuk (Cold Pressured) adalah satu kaedah terbaik dalam membolehkan perut kita cepat mengambil terus khasiatnya. Justeru tidak hairanlah minyak jintan hitam ini mendapat perhatian yang lebih berbanding dari kaedah memakannya secara begitu sahaja.

Minyak Habbatussauda' yang terbaik dihasilkan melalui kaedah perahan sejuk iaitu sejenis bentuk perahan yang dilakukan tanpa melibatkan penggunaan haba dan bioteknologi seperti pemanasan dan penapaian.

Perahan Minyak Habbatussaudak yang pertama adalah yang paling terbaik dan bermutu disebabkan ianya adalah minyak yang pertama terhasil selepas kaedah pemerahan tersebut.

Dalam bahasa inggeris perkataan Habbatus sauda Virgin Oil diguna pakai tetapi untuk perahan pertama akan digunakan nama Extra Virgin Habbatussauda' Oil (iaitu sehabis baik ianya memang perahan pertama sahaja dan tidak dicampur-campur dengan perahan kedua dan seterusnya).

Sepertimana kita memerah santan, perahan santan yang pertama adalah yang lebih pekat dan kuat rasa santannya. Perahan santan yang seterusnya hanya akan menghasilkan bau dan warna yang kurang berbanding yang pertama.

Sekian sahaja artikel saya.

Ingatlah hakikatnya sifat penyembuhan hanya datang dari Allah jua.

Wahuallam.



8 comments:

  1. Askum,

    Nak tanya:

    Adakah encik menjual minyak habbatussauda?

    Adakah minyak habbatussauda sekarang di pasaran adalah asli?

    Berapa harga minyak habbatussauda untuk 1 Liter , 500ml, 250ml, 120ml, 100ml, 90ml, 60ml, dan 30ml?

    Berapa kos penghantaran?

    Itu sahaja.

    -pengamal makanan sunnah

    ReplyDelete
  2. Wsalam,

    Nampaknya tuan tak membaca entri terbaru saya.

    Ya, saya ada menjual minyak habbatussauda' dengan harga promosi terhad RM88 untuk 1 Liter.

    Boleh rujuk link ini untuk maklumat lanjut:

    http://myskali.blogspot.com/2013/02/promosi-minyak-habbatussauda-rm88.html

    Setakat ini hanya dalam bekas 1Liter ke atas. InsyaAllah kami akan menjual minyak habba tussauda dalam botol 60ml.

    Kos penghantaran melalui EMS ialah RM10 seliter.

    Wahuallam...

    ReplyDelete
  3. Aslm...

    saya berminat untuk mendapatkan minyak h.sauda dari pihak tuan, boleh tak tuan berikan no phone agar mudah saya untuk berurusan dgn pihak tuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam...

      Baguslah anda berminat terhadap minyak habatus sauda ini.

      Bolehlah hubungi saya atau sms pertanyaan anda:

      0I6-294O07I

      Delete
    2. Alhamdulillah..
      Saya telah dapat stok minyak h.sauda dari pihak tuan..
      Semoga ukhwahfillah..

      Delete
    3. JazakAllah di atas pembelian. Promosi yang ditawarkan setakat ini bertujuan menggalakkan pengamalan habatusauda di kalangan umat.

      Delete
    4. Aslm...
      Saya cuba hubungi saudara tetapi tidak dapat, alhamdulillah saya telah dapat pasaran utk h.sauda...
      Mohon hubungi saya secepat mungkin..012-270 2796

      Delete