Logout Remote Shared Directory |
Hari ini saya mendapat beberapa tugasan menyelesaikan masalah pc stuff dan Young Skalian. Ada antara perkara kecil kekadang kita tidak berapa ingat bagaimana untuk mengatasinya.
Salah satunya ialah bagaimana untuk membatalkan session (logout) dari remote shared folder yang ada akses username dan password.
Ceritanya begini, salah seorang stuff SCALE telah memberitahu bahawa passwordnya yang digunakan untuk mengakses ke direktori di server tidak boleh digunakan seperti biasa. Untuk mengenal pasti sama ada masalah itu berpunca dari client side (komputer pengguna) saya telah memasukkan username dan password saya sendiri dan berjaya mengakses ke private folder di server pencetak.
Kemudian saya menyemak ke Active Directory Windows Server dan mendapati password beliau telah expired. Kemungkinan sebelum ini kita terlupa nak set "Password never Expires" kat maklumat akaun beliau. Kemudian saya telah mengaktifkan passwordnya semula.
Untuk mencuba sama ada password beliau kembali aktif kebiasaanya saya akan merestart komputer tetapi memandangkan beliau sedang membuka begitu banyak aplikasi jadinya saya membuat keputusan untuk logout akses saya yang pertama dan memasukkan akses beliau tanpa restart.
Ada beberapa kaedah dan keadaan untuk logout dari remoted direktori perkongsian.
Network direktori yang telah dipetakan (mapping) sebagai network drive:
Disconnect Network Drive |
1. Di tetingkap explorer pilih Tools -> Disconnect Network Drive
2. Pilih mana-mana atau kesemuanya dan klik Ok
Perhatian: Ini akan membuang network drive dari komputer. Anda perlu membuat network drive semula selepasnya.
Logout dari Perkongsian Direktori yang menyimpan kata laluan
Kerana leceh ramai yang memilih untuk ketik "Remember my password" dan setiap kali kita mengakses folder/direktori ianya akan auto login.
Sebelum logout kita kena pastikan password yang disimpan perlu dibuang. Ikuti langkah2 berikut:
Manage My Network Passwords |
1. Pilih Start -> Control Panel -> User Accounts
2. Pilih akaun yang anda sedang logon sekarang ini.
3. Di sebelah kiri bahagian "Related Tasks", pilih "Manage my network passwords".
4. Pilih network yang anda ingin logout dan klil Remove.
Cara yang paling mudah ialah menggunakan command prompt (cmd):
Untuk shortcut ke Manage My Network Password:
1. Click Start--> Run : Taip "cmd" (tanpa quote)
2. Taip rundll32.exe keymgr.dll,KRShowKeyMgr dan kemudian klik OK
Atau
1. Click Start--> Run : Taip "cmd" (tanpa quote)
2. Taip Control Userpasswords2 dan kemudian klik OK
3. Klik tab Advanced dan klik butang Manage Passwords.
Disconnect Network Drive/Directory:
1. Click Start--> Run : Taip "cmd" (tanpa quote)
2. Taip Net use * /DELETE
3. Ada senarai remote network yang masih login. Taip Y dan ketik Enter
Reconnect Network Drive/Directory:
1. Click Start--> Run : Taip "cmd" (tanpa quote)
2. Taip Net use \\<masukkan network anda> dan Enter
3. Masukkan username dan Enter
4. Masukkan password dan Enter
Semoga bermanfaat. Wahuallam...
No comments:
Post a Comment