Sunday, 12 January 2014

[VBS] Menggubah Nama Komputer Dengan Serial Number Dari Bios

Assalamualaikom w.b.t

Bulan Januari 2014 merupakan bulan yang sibuk kerana saya ditugaskan untuk mempersiapkan komputer-komputer untuk digunakan di makmal dan diserahkan kepada staf-staf.

Antara tugasannya ialah menukar nama komputer dengan nombor siri DELL. Nombor siri DELL biasanya dikenali sebagai Servis Tag. Servis Tag ini terdiri daripada 7 aksara dan dalam bentuk asas 36 (0-9, A-Z). Produk OEM jenama DELL juga memiliki Ekspress Code yang sebenarnya merupakan penukaran kepada asas 10 (0-9) dari Service Tag.

Untuk memudahkan kerja-kerja ketika proses membuat installasi perision-perisian wajib saya telah menyiapkan skrip vbs untuk menukar nama komputer lama ke nama komputer berdasarkan Service Tag. Secara khusunya saya mahukan apabila script ini dijalankan ia akan menukar nama komputer dengan format seperti ini:

SCALE_B1YSUJS (yg warna merah ada nombor siri komputer atau Dell Service Tag)

Berikut skripnya yg perlu disimpan sebagai fail dengan extension .vbs:

dim Bios, BiosSerial

'get serial number
for each Bios in GetObject("winmgmts:").InstancesOf ("win32_bios")
BiosSerial = Bios.SerialNumber
exit for
next

strComputer = "."
Set objWMIService = GetObject("winmgmts:" _
& "{impersonationLevel=impersonate}!\\" & strComputer & "\root\cimv2")

Set colComputers = objWMIService.ExecQuery _
("Select * from Win32_ComputerSystem")

For Each objComputer in colComputers
err = objComputer.Rename("SCALE_" + BiosSerial)
Next

'messagebox
If err = 0 Then
msgbox "Computername changed to " + BiosSerial + "...", yes
Else
MsgBox "Error code: " & err
End If

No comments:

Post a Comment