Thursday, 23 January 2014

Restore Factory Untuk Makmal Komputer

Recovery Manual Clonezilla
Assalamualaikom w.b.t

Alhamdulillah saya hampir menyiapkan kesemua komputer makmal dengan sistem Kembali ke Imej kilang (Factory Restore). Sistem ini sangat mudah dan percuma.

Bagaimana sistem ini berfungsi?

Asasnya ialah penggunaan Grub4dos sebagai loader utama sebelum ke loader windows di dalam mode booting. Daripada Grub4dos ada pilihan menu untuk membuat backup dan restore menggunakan  Clonezilla live.

Berikut ialah proses chain loader dari grub4dos ke loader windows dan clonezilla (linux kernal)

BIOS --> HD --> MBR ---> PBR ---> Grub4dos ---> Clonezilla Live (restore dan backup)

BIOS --> HD --> MBR ---> PBR ---> Grub4dos ---> NTLDR (Windows Xp)

BIOS --> HD --> MBR ---> PBR ---> Grub4dos ---> BootMgr (Win Server 2008 R2)

Contoh penggunaan Grub4Dos
Dengan kaedah ini, windows akan dapat di kembalikan ke keadaan asal sepertimana selepas kita membuat salinan imej (image backup) melalui pilihan Auto Restore ketika di penampilan menu grub4dos.

InsyaAllah sekiranya saya ada kelapangan masa saya akan sertakan tutorial yang lebih lengkap termasuk kod-kod yang digunakan di menu.lst.

Wallahuallam...


No comments:

Post a Comment