Kemudahan Pejabat dan Soho |
Assalamualaikom w.b.t dan salam sejahtera,
Dalam sesebuah pejabat berskala kecil kemudahan IT berikut adalah sangat penting untuk diwujudkan. Berikut adalah antara kemudahan IT yang banyak digunakan di dalam syarikat/pejabat:
1. Pengawalan Internet dan Intranet
2. Perkongsian Printer
3. Pengurusan faksimili
4. Sistem sambungan telefon dan PBX
5. Perkongsian Fail dan direktori
Secara asasnya kemudahan di atas dapat disediakan dengan harga yang lebih murah berbanding mengupah vendor-vendor. Namun sekiranya sesebuah syarikat lebih mementingkan kelangsungan produktiviti, keselamatan yang tinggi dan kecekapan pengurusan saya nasihatkan mendapatkan vendor yang mahir dan berpengalaman.
Penggunaan Internet dan Intranet
Antaramuka PfSense |
Cadangan penggunaan gateway server ialah ClearOS Linux kerana terdapat firewall, statistic dan network filteration/blocking. Pfsense juga antara modul firewall yang percuma dan popular.
Perkongsian Printer
Mesin printer mestilah yang ada kemudahan akses network (tcp/ip) dengan alamat ip statik. Kemudian kita boleh menggabungkan kesemuanya dengan server Linux yang menggunakan module CUPS.
Cups adalah sistem pengurusan dan pemusatan printer yang dibangunkan oleh Apple dan ianya sumber terbuka. Module Cups ini boleh dipasang dan diaktifkan di ClearOS atau mana-mana mesin Linux jua.
Perkongsian dan pengurusan Fax
Apabila menyebut fax kita pasti teringat mesin pencetak dan wayar telefon. Sebenarnya kita boleh menghubungkan beberapa talian fax ke dalam server dan mencetaknya ke mana-mana printer/photostat apabila perlu.
Jadinya mesin fax tidaklah semestinya wujud lebih dari satu dan untuk bahagian pengimbasan gunalah scanner. Cuma kita perlukan talian fax untuk setiap nombor dan kemudian modem fax. Server yang bertanggungjawab keats mesin fax ini mestilah memiliki antaramuka (interface) modem telefon.
AvantFax adalah salah satu PHP Web menggunakan API HylaFax |
Sistem sambungan telefon dan PBX
Buat Sendiri Sistem VoIP dan PBX |
Apa yang kita perlukan ialah sistem (pelayan) pbx dengan teknologi VoIP (Suara di IP), perkakas (VoIP gateway, Analog Terminal Adapter dan telefon analog atau digital).
Perkongsian Fail dan direktori
SAMBA = Windows + Linux |
Ini bermakna pelbagai sistem operasi dapat menggunakan kemudahan perkongsian fail, direktori dan servis. Samba boleh diintegarasikan dengan Active Directory untuk mengurus client di dalam domain.
Sekiranya kita lebih menumpukan kepada perkongsian storan di dalam rangkain maka saya cadangkan penggunaa FreeNas iaitu pakej Linux yang tertumpu kepada teknologi Network Access Storage.
Penutup
Hampir kesemua kemudahan ini boleh dilengkapkan hanya di dalam sebuah server Linux. Untuk itu spesifikasi server mestilah menyokong multi pemprosesan dan memory yang cukup tinggi. Namun apabila mereka bentuk struktur kemudahan ini perlulah diambil kira pelbagai faktor seperti keselamatan, pelan kecemasan bencana (disater recovery plan), availibility dan beban (loads).
InsyaAllah sekiranya diberikan kelapangan saya akan menerangkan cara memasang dan menetapkan setiap satu dari kemudahan teknologi ini di entri yang akan datang.
No comments:
Post a Comment