Sunday, 17 November 2013

Perbezaan Workgroup dan Domain dalam Rangkaian Windows

Assalamualaikom w.b.t dan selamat sejahtera.

Seringkali kita pernah mendengar perkataan WORKGROUP dan DOMAIN dalam seharian menggunakan komputer. Kekadang kita ingin mengetahui apa ke bendanya WORKGROUP dan apa pula DOMAIN.

Pengetahuan mengenai Domain dan Workgroup hanya difahami oleh teknikal IT anda. Namun saya beranggapan semua pengguna komputer sepatutnya memahami secara asas mengenainya.

Jadinya apabila anda memasang Windows, anda hanya perlu memilih antara dua sama ada membuat Workgroup atau turut serta dalam Domain.


Perihal Workgroup
------------------

Semua pakej Windows ada kemudahan Workgroup.

WORKGROUP adalah salah satu nama sistem digunakan kompeni Microsoft di dalam rangkain Microsoft (Windows Network) untuk pengguna produk-produk OS yang dikeluarkan Microsoft.

Sistem Workgroup berfungsi seakan peer to peer di dalam setiap komputer ahlinya. Dengan cara itu bolehlah berkongsi fail, folder, pencetak dan mesin faksimili.

Setiap ahli group menjaga keselamatannya sendiri, memberi kebenaran atau menghalang. Sesuai untuk beberapa orang pengguna komputer berkongsi sesama mereka maksimum dalam 20 buah untuk setiap WORKGROUP.

Perihal Domain
----------------

Pakej Domain hanya ada pada Windows versi Enterprise, Professional, Busines dan Ultimate.

Domain lebih kompleks sebab melibatkan sebuah server yang menjadi hub database dan memusatkan segala sumber, servis dan perkongsian dalam pengurusan oleh seorang Pentadbir (Administrator).

Server yang menjaga pangkalan data pengguna ini dipanggil Domain Controller (DC). DC ada dua jenis iaitu Primary (PDC) dan Backup (BDC).

Penggunaan Domain sesuai untuk organisasi yang memiliki pengguna komputer yang ramai seperti ratusan dan ribuan pekerja.

IsnyaAllah apabila ada masa saya akan menerangkan lebih lanjut mengenai hal ini.

Semoga bermanafaat.



No comments:

Post a Comment