Monday 25 February 2013

Mengatasi Masalah Win XP Akaun Profile Berlainan

Pagi tadi saya telah diberikan tugas untuk menyelesaikan masalah komputer salah seorag staff SCALE iaitu Cik Rajwant, yang mengalami masalah iaitu kesemua data dan software yang biasa dipakainya hilang setelah bercuti selama 20 hari.

Setelah meneliti dan membuat carian di internet saya dapat membuat kesimpulan bahawa komputer beliau telah membuat duplikasi ke atas akaun USER. Kebiasaanya dalam sistem operasi Windows XP, apabila kita membuat penduan bagi username yang sama maka system akan menghasilkan nama dengan tambahan nama komputer seperti USER.COMPUTERNAME. Dan sekiranya kita membuat duplikasi yang sama maka system akan meletakkan nombor siri di belakangnya untuk membezakan profile walaupun memiliki username yang sama.

Kemudian saya telah memerhatikan komputer beliau dan mendapati ada dua profile user. Iaitu User dan User.SCALE_Rajwant. Hmm, nampaknya ada berlaku duplikasi folder profile yang biasannya terletak di C:\Documents and Settings ini.

User.SCALE_Rajwant ialah default profile untuk akaun USER buat masa ini. Jadinya folder profile User.SCALE_Rajwant akan muncul di C:\Documents and Settings. Tugas saya ialah untuk komputer memuat akaun profile di folder User sahaja.

Penyelesaian mudahnya ialah melalui mengubahsuai registry:

1. Pilih menu START dan klik RUN. Atau guna kekunci pintasan CTR + R.

2. Masukkan perkataan regedit dan klik RUN. Tetingkap Registry Editor akan muncul.

3. Kemudian cari alamat registry berikut HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\WiindowsNT\CurrentVersion\ProfileList\
{SID userid}

4. Di ProfileList key akan ada senarai nombor SID yang menganduangi S-nombor-nombor , itu menunjukkan senarai pengguna yang telah dan pernah memasuki komputer tersebut.

5. Klik setiap SID tersebut dan anda perlu lihat di bahagian nama kunci registry ProfileImagePath yang ada alamat lokasi folder profil tersebut.

6. Pengguna asal yang perlu digunakan akan ada c:\Documents and Settings\User. Tugas kita ialah mengubah SID yang komputer login sekarang ke lokasi user profile yang sebenar. Jadinya saya telah menukar c:\Documents and
Settings\User.SCALE_Rajawant ke c:\Documents and
Settings\User.

7. Selepas menukar restart komputer anda.

Alhamdulillah dengan kaedah di atas saya dapatlah mengembalikan profile kepada user yang sebenarnya.

Mudah-mudahan kaedah ini dapat memberi manfaat kepada semua.

No comments:

Post a Comment