Tuesday, 19 February 2013

Pengalaman Saya Menggunakan Minyak Habbatussauda

Assalamualaikom w.b.t.

Alhamdulillah hari ini saya ingin berkongsi kepada anda tentang keberkesanan InsyaAllah penggunaan Habbatussaudak Assaudak ini. Iaitu sejenis tumbuhan yang dipanggil dengan nama lain iaitu jintan hitam, black seed dan sebagainya.

Sepertimana hari ini banyak kebenaran tentang pelbagai terkini sains, perubatan dan alam dari Al-quran dan al-hadith menyebabkan pihak-pihak barat semakin terdesak dan  mereka terpaksa juga mengakuinya.

Pada bulan Jun 2012 saya telah menyertai kursus agama selama sebulan di Besut, Terengganu. Kerana ada kesukaran dalam menggunakan bilik air dan air yang sentiasa terputus, ada dikalangan ahli mencadangkan penggunaan batu tawas sebagai tambahan ketika mandi bagi mengurangkan bau peluh.

Batu tawas ini berwarna putih ke lutcahayaan dan memiliki permukaan yang kasar. Bentuknya ada dalam pelbagai saiz. Kebiasaaan masyarakat india yang memakai tawas ini. Kelebihan tawas ialah dalam menghilangan daki dan mengurangkan bau peluh badan. Jadi saya pun mengamalkannya sepanjang kursus yang berbaki dalam 2 minggu.

Awas, hanya pakai dibahagian badan sahaja tetapi saya tidak mengetahuinya. Setelah seminggu memakai tawas saya merasakan perubahan yang ketara. Bau badan berkurangan walaupun berpeluh. Terfikir untuk saya mencuba pada bahagian celah peha dan bawah alat sulit.

Selepas 3 hari mandi dengan menyapu tawas di bahagian antara celah paha, rupanya permukaan kulit kita akan menjadi lebih kesat. Apabila saya banyak berjalan lama kelamaan kulit di bahagian bawah alat sulit dan sekitar pangkal peha melecet dan kemudian mengeluarkan darah.

Rupa-rupanya kulit yang telah dikenakan dengan tawas akan menjadi sedikit kesat dan pergeseran antara kulit paha dan kulit tepi kemaluan menyebabkan kecederaan, melecet dan berkudis selepas 2 hari. Selepas itu saya berhenti menggunakan tawas buat seketika dan sentiasa mengelap celah kelengkang dengan tisu.

Keadaan ini semakin parah, kulit-kulit yang melecet sudah tanggal dan yang tinggal hanyalah permukaan atas daging bewarna merah pekat sahaja. Sejenis cecair lutsinar meleleh keluar dan selepas itu mengeluarkan bau yang sangat busuk. Lebih parah lagi cecair itu bertukar ke warna kuning dan pergeseran daging tidak berkulit itu sentiasa mengeluarkan darah.

Saya cuba mengelap dan mengeringkan bahagian luka tetapi akibat pergerakan, mandi dan berpeluh kawasan sekitar kemaluan itu menjadi sentiasa basah dengan nanah dan darah. Saya terpaksa menghabiskan kain pelekat untuk menutupi permukaan itu tetapi kepedihan semakin terasa.

Kemudian ada orang kampung telah memberikan saya krim kurap bewarna putih. Apabila saya memakainya, masih juga tidak kering. Saya berasa teramat sukar untuk berjalan dan menunaikan solat. Kalau berjalan pun terpaksalah dengan cara terkangkang untuk mengurangkan geseran.

Kemudian mereka membelikan saya minyak gamat, Alhamdullilah pedih berkurangan. Namun masih juga tidak dapat mengawal luka-luka yang teruk. Selepas itu hampir kesemua kulit di celah kelengkang termasuk alat sulit saya menjadi seperti berkurap dan berkudis. Bahagian yang bertembung seperti kulit tepi alat sulit dan peha masih merah dan berair.

Akhir sekali ada salah seorang ahli kursus mencadangkan saya membeli minyak haabatussauda. Beliau mengatakan pengalamannya memakai ketika badan belakangnya berkudis selama 3 hari luka-luka beliau telah kering. Alhamdulillah saya pun mencarinya dan dapatlah membelinya.

Selepas 10 hari menyapu minyak habbatussaudak, Alhamdulillah luka-luka dah kering. Kudis dan kurap pun dan tanggal sedikit demi sedikit. Berlakunya pengelupasan. Perubahan yang sangat menakjubkan. Sehingga ke hari artikel ini dikarang, kesan luka-luka tersebut masih ada cuma agak sukar untuk mengenalpastinya.

Sepertimana sabda junjungan mulia baginda nabi S.A.W mengenai kelebihan minyak ini, seperti itulah kita kena menganggap bahawa itu penawar yang terbaik yang penting Istiqomah dan meletakkan keyakinan hanya pada Allahlah yang memberi sakit dan kesembuhan.

Sejak itu saya mula menjual minyak ini secara sambilan agar semua orang mendapat manfaatnya. Kini untuk harga promosi (waktu terhad sahaja), anda boleh mendapatkan minyak habbatussauda 1Liter dengan harga berpatutan. Hubungi saya di talian o16-294oo7I.

Boleh rujuk artikel lepas untuk harga promosi tersebut.

Borong Minyak Habbatussauda 1 Liter 2014

Wahuallam...



2 comments:

  1. Saya pesakit BC stage 4 yang telah metasis ke tulang belakang dan hati. pengalaman saya gunakan minyak Habbatussauda ni amat menakjubkan. Sebelum menggunakan minyak tersebut saya tidak mampu tidur secara terlentang kerana tulang belakang saya sakit. Alhamdulilah selepas saya gunakan minyak tersebut sakit ditulang belakang hilang dan mampu tidur terlentang kembali. Doktor juga pernah bertanya (tulang belakang dah tak sakit kan katanya, padahal saya tak cerita pun pasal sakit belakang saya tu dah pulih) perihal sakit tulang belakang setelah beliau membaca laporan CT Scan terkini bahawa sel kanser di bahagian tulang belakan telah reduce. Sehingga kini saya masih amalkan gosok minyak tersebut dibelakang badan dan juga makan kapsul habatus sauda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kepada Cik Noridah Abd Rahman di atas perkongsian pengalaman anda. Semoga anda istiqomah dalam mengamalkan pemakanan dan penggunaan habbatussauda. Dan InsyaAllah mudahan penyakit cik akan sembuh sepenuhnya.

      Saya pernah mendengar dari kawan saya sekitar tahun 2003 dahulu mengenai orang yang menghidapai penyakit HIV dan telah sembuh setelah setahun dalam memakan habbatussauda secara tetap.

      Dan InsyaAllah saya akan menulis artikel-artikel mengenai kelebihan secara spesifik dan terperinci dengan testimoni dari kawan-kawan yang pernah mengamalkan pemakan habbatussauda ini.

      Wahuallan...

      Delete