SKALI SPIKER |
SKALI Community Engagement Sdn Bhd (SCALE) menawarkan sebuah program latihan yang dikenali sebagai SKALI Pioneers and Innovating in Knowledge Economy (SPIKE) dengan sokongan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan Multimedia Development Corporation (MDec). Objecktif kepada program latihan ini adalah melatih para peserta memperolehi sijil Professional Industri yang berkaitan di samping memberikan latihan keusahawanan dan juga menimba suasana pengalaman bekerja.
Sidang Akhbar Program SKALI Spike Up |
Kumpulan SPIKE akan diberikan pelbagai bentuk suasana kerja, latihan dan projek. Salah satu projek yang dikehendaki dilaksanakan oleh setiap ahli SPIKE ialah merancang dan melaksanakan beberapa buah projek kemanusian bagi memenuhi keperluan latihan "Corporate Social Responsibility" (CSR) dan Entrepreneurship Development Program (EDP).
Projek kemanusiaan ini bertujuan memberi peluang kepada para SPIKER mempraktikkan ilmu dan pengetahuan yang diperolehi melalui latihan-latihan yang telah dijalankan. Di samping itu meningkatkan pengalaman kerja dan masyarakat.
Justeru itu program SPIKE dibuka kepada semua golongan yang memiliki diploma atau ijazah untuk pengambilan Julai 2013.
Sila rujuk Program SPIKE SKALI Julai 2013.
No comments:
Post a Comment