Tuesday, 23 April 2013

Membaiki Paparan Skrin Terbalik 180 darjah XP dan Win 7

Assalamualaikom w.b.t

Pagi tadi saya terkejut sebab ada seseorang telah memusingkan paparan skrin monitor desktop sebanyak 180 darjah. Ini bermakna bahagian bawah ke atas dan yang bahagian atas ke bawah. Kes naya ker?

Menubah paparan ini sudah disediakan dalam windows mahupun pemicu grafik. Tetapi kekdang kita mungkin tersalah tekan menyebabkan ianya berubah.

Untuk mengatasi masalah ini ada 2 cara:

1. Menggunakan pintasan kekunci:

Ctrl-Alt-Up – right side up

Ctrl-Alt-Right - 90 degrees

Ctrl-Alt-Down – 180 degrees

Ctrl-Alt-Left – 270 degrees

Alternatif: Ctr-Alt-R (sekiranya kekunci anak panah tidak berkesan)

2. Melalui fungsi paparan Windows:

Dalam windows 7:
1- klik kanan di desktop
2- Pilih "screen resolution"
3- Tukar "orientation" kepada "landscape flipped"



Dalam windows xp:
1- klik kanan di desktop
2- Pilih graphics options>Rotation>180degrees

3. Melalui fungsi kad pemicu grafik yang kebiasaanya di properties dan advanced.

Sekian...
Wahuallam.

No comments:

Post a Comment