Assalamualaikom w.b.t and Greetings,
Well guy an girls, we are in the edge of our last month to work at SKALI as Young Skalian under Spike Up or SPARK programs. I felt time was run out fast and until now i am still not enough to get a full knowledge here.
Its almost 5 month and i am not sure either to continue the contract or just to find another company. I like and love to be Skalian here, lots of friend and great environment too. Just i don't like several political stuff that feel he or she is better and other are always lazy and doing mistakes.
For next batch, you are welcome here. This post i just want to write in Malay Language from this point.
Kepada kekawan seperjuangan semua, terima kasih di atas sokongan, kemesraan dan tunjuk ajar yang bermakna untuk saya.
Kepada bakal-bakal Spiker atau Skali Muda, tahniah sekiranya anda terpilih untuk menyertai program ini. Di sini ada banyak gudang ilmu yang berguna untuk anda.
Program SKALI SPIKE UP juga dikenali sebagai SPIKER dalam SKALI GROUP dan didalam pejabat nanti kita akan digelar sebagai Young SKALI atau pekerja Skali Muda. Ala macam Imam Muda tu.
Apa itu program SPIKE nie?
Program nie bertujuan menyediakan latihan berkaitan Teknologi IT dalam suasana pekerjaan yang sebenar di pejabat SKALI atau mana-mana subsidari nya.
Maksudnya anda akan diberikan suasana perkerjaan dan disamping itu anda akan diberikan latihan dan kelas berjadual supaya kemahiran anda dalam sesuatu bidang tu bertambah.
Dulu-dulu program ini mamakan masa 3 tahun, kemudian 1 tahun dan sekarang dipendekkan sehingga menjadi 6 bulan sahaja secara kontrak. Saya pula berada dalam batch pertama yang kena 6 bulan bermula 2 Julai 2012 yang lalu.
Tempat Kerja?
Biasanya anda akan ditempat di Plaza Sentul atau Menara Sentul Jalan Sentul Pasar Kuala Lumpur. Ada juga yang ditempatkan di IDC Serdang untuk menjaga server di sana.
Sekarang IDC Serdang dah berpindah ke Cyberjaya. Jadi kemungkinan anda akan ditempatkan disana. Ala, paling busuk pun di Plaza Sentul, ibu pejabat Alam Teknokrat Sdn Bhd (SKALI).
Suasana di Plaza Sentul?
Wow, masjid ada di sebelah. Ada pasar raya di tingkat bawah plaza dan rumah sewa yang banyak di sekitarnya sehingga ke Batu Caves. Kedai makan dengan harga berpatutan juga ada. Nasi dgn lauk dalam RM4.00 sehingga RM4.50. Berbaloi-baloi.
Gaji atau Elauan?
Alhamdulillah, anda akan diberi gaji sebanyak RM1500 sebulan secara kasar. Batch-batch yang lepas mereka dapat RM2000 sebulan tau.
Kemudahan lain?
KWSP (EPF), SOCSO, Insurance Coverage, Red Card (perubatan) dan cuti tahunan berjumlah 7 hari.
Bilik Pentri, surat khabar, bilik mandi dengan pemanas air, tandas yang cantik dan makmal komputer serba lengkap.
Apa yang anda dapat nanti?
Setiap spiker atau young Skalian akan mendapat satu set komputer peribadi (PC) untuk kegunaan kerja. Anda akan ada ruang meja sendiri dan kerusi ofis yang cantik.
Yang Bagusnyer?
Ada ramai kawan dan staf-staf yang baik-baik belaka. Mereka juga ada sebahagiannya bekas SPIKER seperi En. Faiz bin Saari, En. Sariman, Cik Rajwant Kaur a/p Visan Singh, Cik Ruhaida Othman, En. Fadhil Omar, Chee Lee Chin (CK Tan), dan ramai lagi. Jadi sekiranya prestasi anda bagus anda mungkin akan diserap dalam SKALI.
Masa Kerja?
Isnin sehingga Jumaat. Dari 9 pagi sehingga 5.30 petang. Sabtu dan Ahad anda boleh rehat dan buat amal. Kalau ada masa kerja tambahan anggaplah anda mendapat ilmu lebih.
Program yang Ada ialah:
1. Project Management, (jaga projek2 SKALI berada di bawah SWS)
2. Content Management, (kemaskini portal laman web, tambah dan upload kandungan)
3. Web Design, (Reka grafik photoshop, html, php dreamweaver)
4. .NET programmer, (application implementation, asp)
5. JAVA programmer, (Liferay, Coding portal guna java)
6. Technical Writing, (Arkitektur kanduan laman, bahasa inggeris, IA)
7. Software Quality Analysis, (kena belajar koding untuk semak perisian, portal, Quality Assurance)
8. Network Administration (repair, maintenance, trobleshoot pcs, network device, server, software dan hardware)
9. Junior Technical Trainers. (pengurusan kelas, pengajaran, tutor, kedatangan, impor export pengajar, susun kelas)
Dan sebenarnya ada beberapa lagi tetapi saya dah tak ingat.
Sesiapa yang ada pertanyaan boleh meletakkan komen di bawah InsyaAllah saya akan cuba menjawabnya.
Sekian,
Mike2012
Tambahan 11 Disember 2013 - Spike 2013 adalah yang terakhir. Rujuk berikut Spike Up 2014?
salam ..
ReplyDeletefirstly thanks for the info. 8hb ni saya terpilih untuk menghadiri workshop & interview session untuk spike up program. blh bg tips x soalan apa yg di tanya semasa interview nanti. thanks.