Petang tadi pihak HR memberitahu saya bahawa komputernya tidak dapat mengakses folder perkongsian rangkaian di SKALI HQ.
Akan keluar ralat:
"You might not have permission to use this network resource. Contact administrator of this server to find out if you have access permissions. The network path was not found."
Beliau menyatakan remote folder dapat diakses semalam. Hmm, kemudiannya saya mencari penyelesaiannya dan maka inilah caranya:
1. Pergi ke Start/ All Programs / Accessories /Command Prompt
2. Taip ipconfig /flushdns dan tekan Enter.
3. Taip ipconfig /registerdns dan tekan Enter.
Flushdns dan Registerdns |
No comments:
Post a Comment