Assalamualaikom w.b.t
Alhamdulillah, pagi tadi selepas masuk sahaja kerja saya telah dimaklumkan tentang masalah Dekstop PC pada salah satu staf
SCALE SKALI iaitu Cik Roziana kita. Untuk makluman Cik Roziana ni ialah salah seorang trainer yang biasa mengajar subjek
RSA untuk para Spiker dalam program
SPIKE. Jawatan beliau ialah sebagai Eksekutif Tanggungjawab Sosial Korporat
(Corporate Social Responsibility) SKALI.
Masalah yang beliau hadapi ialah PC yang menggunakan sistem pengoperasi Windows 7 tidak dapat masuk ke dalam sistem bahkan akan restart ketika dalam proses StartUp. Selepas restart yang kedua barulah akan muncul pilihan untuk menjalankan Windows Startup Repair melalui System Recovery Options dan Start Normal Windows. Ada akan menemui kebuntuan apabila kedua-dua pilihan tersebut hanyalah menyebabkan PC anda akan sentiasa berlegar dalam ruang lingkup berkenaan. Beliau menyatakan ini berlaku selepas kerap kali black out dan saya merasakan masalah adalah korupsi di harddisk.
|
Tetingkap System Recovery Options |
Apabila anda memilih untuk menjalankan Startup Repair ketika proses boot, Windows 7 akan menjalankan fungi membaiki Startup dan kemudian memunculkan ralat seperti berikut.
Error yang muncul:
"startup repair cannot repair this computer automatically",
The error details are as follows:
Problem signature:
Problem Event Name: StartupRepairOffline
Problem Signature 01: 0.0.0.0
Problem Signature 02: 0.0.0.0
Problem Signature 03: unknown
Problem Signature 04: 0
Problem Signature 05: unknown
Problem Signature 06: 1
Problem Signature 07: unknown
OS Version: 6.1.7600.2.0.0.256.1
Locale ID: 1039
Dalam situasi ini memilih apa shaja repair, recovery dan normal option masih tidak menyelesaikan masalah.
Selepas menggeledah maklumat di internet saya menemui beberapa tertib penyelesaian yang akan saya terangkan disini.
1. Klik View advanced options for system recovery and support, yang akan mengembalikan ke skrin System Recovery Options.
2. Klik Command Prompt.
2. Kebiasaannya anda akan dapati driver X: sebagai pemacu/driver yang anda berada sekarang. Ianya adalah pemacu virtual sementara yang berada di dalam RAM untuk System Repair ini.
3. Sekarang kita kenalah mencari drive sistem windows 7.Kemungkinan ia akan berada di dalam C:, D: atau E:.
Caranya ialah:
i. Taip
C: dan tekan <ENTER>
ii. Taip
DIR untuk mengetahui adalah C: ini ialah drive system.Sekiranya anda dapat melihat folder Program Files, Users dan Windows folders ini bermakna drive itu adalah drive system.
iii. Sekiranya tidak jumpa tukar ke drive lain dan buat semakan seperti sebelumnya satu persatu untuk drive D:, E: dan seterusnya.
4. Setelah anda berjaya mengenalpasti drive system, taip
CD \windows\system32\config dan tekan <ENTER>
5. Setelah itu kita kena semak folder/fail di dalam config dengan menaip
DIR dan menekan <ENTER> dan pastikan anda dapat melihat fail/folder ini:
- RegBack (ini adalah folder)
- DEFAULT
- SAM
- SECURITY
- SOFTWARE
- SYSTEM
6. Kemudian kita hendaklah membuat backup ke atas fail lama bagi memudahkan restore sekiranya cara ini gagal. Caranya membuat backup ialah:
i: Taip
MD mybackup dan tekan <ENTER> untuk mencipta folder baru untuk menyimpan fail-fail backup.
ii. Kemudian taip
copy *.* mybackup dan tekan <ENTER>. Sekiranya kita diingatkan tentang overwrite hanya perlu tekan A untuk overwrite.
7. Sekarang kita bolehlah mencuba untuk merestore registry. Fail2 yang akan di restore terletak di RegBack. Ikuti arahan berikut:
i. Taip
CD RegBack dan tekan <ENTER> untuk beralih ke folder RegBack.
ii. Taip
DIR untuk meninjau senarai fail/folde yang ada didalamnya. Pastikan fail-fail berikut ada:
Fail-fail DEFAULT, SAM dan SECURITY mestilah bersaiz dalam sekitar 262,000 bytes.
Fail SOFTWARE perlulah bersaiz sekitar 26,000,000 bytes.
Fail SYSTEM perlulah bersaiz dalam sekitar 9,900,000 bytes.
Fail-fail diatas tidak semestinya tepat sebab ianya berbeza mengikut sistem anda.
Tetapi sekiranya salah satu fail tersebut bersaiz -0bytes atau kosong, saya nasihatkan anda lupakanlah teknik ini. Dan kemungkinan besar anda terpaksa memformat dan menginstall windows baru.
8. Setelah itu taip
copy *.* .. dan tekan <ENTER> untuk menyalin fail-fail ke dalam folder di
\Windows\System32\config. Pastikan dioverwrite. Setelah itu anda boleh menaip
Exit dan restart/reboot pc.
9. Sebagai tambahan alternatif buat arahan boot repair:
bootrec /fixboot
bootrec /fixmbr
Membaiki masalah boot record yang korup dan bermasalah.
10. Alternatif tambahan buat arahan chkdsk:
chkdsk /r (atau)
chkdsk <drive system>: /r
Tunggu sehingga selesai. Ini untuk membaiki sector harddisk yang menjadi punca fail windows startup bermasalah.
InsyaAllah Windows 7 anda akan berjaya di akses.