Thursday 14 March 2013

Memformat 50 Buah Komputer

Banyaknyer Komputer
Assalamualaikom w.b.t

Alhamdulillah sekarang ini saya telah selesai menyiapkan 25 buah komputer untuk kegunaan kelas tambahan yang padat pada bulan Mac dan April ini.

Perkara yang paling merunsingkan ketika membuat pemasangan baru perisian sistem operasi dan aplikasi ialah bagaimana ianya dapat dilakukan dalam masa yang lebih pantas tanpa meleret waktu kerja ke tengah malam.

Bayangkan bagaimana menginstall Windows Xp dan perisian yang lainnya dan kemudian mengemaskini Windows Update dan antivirus satu persatu pada beberapa banyak komputer, pasti ini adalah kerja yang sangat memenatkan. Walaupun seronok memasang komputer tetapi desakan untuk menyiapkannya dalam tempoh yang terdekat pasti tidak menyeronokkan.

Kaedah yang sekarang digunakan ialah dengan menyiapkan satu komputer master dan kemudian membuat salinan imej hardisk ke komputer yang lainnya. Oleh kerana kami menggunakan komputer cap DELL jadinya memiliki Windows OEM yang sudah dipasang lesennya di BIOS, tidak menjadi masalah menukar license key nya.

InsyaAllah pada entri akan datang saya akan menjelaskan kaedah menyiapkan multi pc.

Wahuallam..

No comments:

Post a Comment