Demam? |
Pada dua minggu lepas dua adik ipar saya telah menghidapi deman yang teruk selama 3 hari. Seluruh badannya menggigil dan tidak mampu berjalan. Pada hari pertama dua orang adik ipar saya itu telah tumbang. Apabila membuat pemeriksaan doktor kena lah pula disyaki demam denggi.
Selepas mendapat makluman tersebut cepat2 saya berdoa kepada Allah agar diampunkan segala dosa dan silap saya dan semua ahli keluarga dan orang Islam, mintak disembuhkan dari segala muhsibah dan penyakit. Saya memberi pesan supaya memperbanyakkan sedeqah dan mengamalkan mengambil minyak habatussauda dan minyak zaitun.
Untuk deman saya juga inyaAllah akan menyarankan untuk banyak meminum air mineral. Tambahan ada salah seorang ipar yang telah membuat air terapi 30 juz Alquran dan mereka bolehlah meminumnya. Saya juga akan menggalakkan untuk membuat air jus buahan seperti buah oren, betik dan mangga.
Alhamdulillah selepas 3 hari demamnya sudah hilang setelah berterusan mengambil habatussauda, minyak zaitun dan meminum air mineral. Syukur alhamdulillah.
Saya tidak menghalang untuk mengambil ubatan klinik tetapi lebih baik kita sudah mengamalkan habbatusauda barulah boleh mengambil ubatan tersebut. Sebab antara kelebihan habatusauda ini ialah sifat anti oksida dan meningkatkan imun badan. Kebanyakkan ubatan moden mengandungi kesan sampingan dan hasil kajian menunjukkan seseorang yang sebelumnya mengambil habatussauda dan kemudian memakan ubatan moden InsyaAllah terhindar dari kesan sampingan ubatan tersebut.
Kesimpulannya habatussauda adalah antara ubatan herba yang terbaik dalam rawatan penyakit. Yang penting ialah keyakinan terhadap Allah yang memberi penyakit dan menyembuhkan dan yakin atas sabdaaan junjungan mulia baginda nabi s.a.w.
Wahuallam...